Connect with us

Oh! Media

Penyanyi Wanita Terkenal Kelantan Ini Ditahan Sebab Kantoi Bersama Pil Kuda Dekat Thailand?

Untitled Design   3

Trending

Penyanyi Wanita Terkenal Kelantan Ini Ditahan Sebab Kantoi Bersama Pil Kuda Dekat Thailand?

Seorang penyanyi wanita terkenal dari Kelantan antara enam individu yang ditahan oleh pihak polis Thailand dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat, semalam. Mereka ditahan bersama kira-kira 6,000 biji pil kuda yang dipercayai untuk tujuan pengedaran.

Menurut laporan Kosmo, serbuan tersebut berlaku sekitar pukul 5 pagi (waktu tempatan) ketika kesemua suspek, termasuk tiga wanita berusia antara 25 hingga 34 tahun, sedang berehat di dalam bilik hotel selepas berhibur di pusat hiburan di bahagian bawah hotel tersebut.

Ribuan pil kuda dijumpai dalam bilik hotel penyanyi wanita

Hasil pemeriksaan pihak polis Thailand di bilik tersebut menemui ribuan biji pil yang dipercayai pil kuda. Sumber memaklumkan bahawa kesemua individu tersebut, termasuk penyanyi wanita tersebut, telah dibawa ke Balai Polis Sungai Golok untuk siasatan lanjut.

IKLAN

Pihak berkuasa Thailand kemudian telah menahan dan membawa kesemua rakyat Malaysia tersebut ke Balai Polis Sungai Golok.

Polis Diraja Malaysia Sedang Mendapatkan Pengesahan

Police remand pdrm generic

Kes penahanan ini mendapat perhatian meluas di Malaysia. Kosmo! sedang berusaha mendapatkan pengesahan lanjut daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung status tahanan rakyat Malaysia ini dan sebarang tindakan susulan yang akan diambil.

#OhmediaNasihat

Berita seperti ini mengingatkan kita semua tentang pentingnya berhati-hati dalam memilih pergaulan dan aktiviti di luar negara. Setiap tindakan mempunyai akibat, dan berdepan dengan undang-undang di negara asing bukanlah perkara yang mudah.

Jadi, kepada korang yang bercadang untuk ke luar negara, sentiasa utamakan keselamatan dan patuhi undang-undang tempatan agar terhindar daripada masalah yang tidak diingini.

Untitled Design   3

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Kosmo


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas