Trending
“Kami Minta Ganti!” – Khemah Hancur Dipukul Ribut, Peniaga Jalan TAR Maki Hamun DBKL
Kira-kira 45 kanopi di Bazar Aidilfitri Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) tercabut dan diterbangkan angin apabila ribut dan hujan lebat melanda ibu kota semalam.
Dalam beberapa rakaman tular di media sosial, kelihatan khemah dan barang jualan musnah menyebabkan peniaga menangis hiba.
Peniaga Jalan TAR menangis khemah hancur
Namun, ada juga peniaga yang menjerit memarahi pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Mereka menyatakan susunan yang dibuat DBKL menyumbang kepada kemusnahan tersebut.
Peniaga memohon DBKL bertanggungjawab dan mengganti khemah serta barang niaga mereka yang rosak.
11 ramadhan 2025: Tragedi bazaar jalan TAR menangis. Kaedah back to back yang digunakan menjadi faktor perkara sebegini terjadi, dimana hati nurani @Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak menurunkan tangan untuk membantu sekadar mendiamkan diri. Suara peniaga langsung tidak dihiraukan pantaskah? DBKL KENA BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEMUA KERUGIAN YANG DI ALAMI OLEH PENIAGA.
Peniaga juga merungut mengatakan DBKL tidak membantu mereka, sekadar melihat kemusnahan yang berlaku.
Mohon DBKL tanggungjawab
Di ruangan komen, orang ramai mempersoalkan mengapa DBKL dipersalahkan kerana ribut adalah bencana alam.

Netizen berpendapat, susunan ‘back to back’ yang dibuat DBKL adalah untuk memberi keadilan kepada premis-premis di kawasan tersebut yang sebelum ini ditutup kanopi bazar.



Lapor Sinar Harian, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membuat kerja-kerja penggantian segera menggunakan kanopi simpanan yang disediakan oleh pihak penaja.
DBKL beri jaminan bahawa penambahbaikan akan dilakukan untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian | TikTok
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM