
Trending
“Pendarahan Kepala Tak Henti” – Bapa Mangsa Kes Pukul Dengan Tukul Kongsi Keadaan Anak
Lelaki pukul anak saudara dengan tukul hingga kritikal ditemui mati di Pantai Melawi.
Tular di media sosial sejak semalam kes di mana seorang lelaki memukul anak saudaranya yang baru berusia 7 tahun dengan tukul.
Dalam kejadian jam 5.15 petang di Bachok itu, mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan menerima rawatan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM).
Mangsa kritikal, bapa mohon doa
Sementara itu, suspek berusia 46 tahun ditemui maut tergantung pada sebatang pokok rhu di Pantai Melawi.
Pantai itu terletak lebih tiga kilometer (km) dari lokasi kejadian iaitu di sebuah rumah kedai di Jelawat.

Dalam satu perkembangan di Facebook, bapa mangsa memohon jasa baik orang ramai untuk mendoakan anak sulungnya semoga dipermudahkan urusan.
Keadaan mangsa dikhabarkan kritikal dan ada pendarahan tidak berhenti di kepala.
Pssttt! Kejadian ini benar-benar menyayat hati, lebih-lebih lagi apabila melibatkan seorang kanak-kanak kecil yang masih kritikal.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
