Connect with us

Oh! Media

Trending

Penangan Langkawi, Air Asia Tawar Tiket Penerbangan Serendah RM12

Melancong merupakan sebuah aktiviti melawat ke sesuatu tempat dari kawasan kediaman bagi tujuan rekreasi atau mengisi masa lapang.

BACA: Dah Boleh Ke Langkawi Bermula 16 September, Ini SOP Yang Anda Kena Ikut

IKLAN

Ia merupakan perkara yang diimpikan masyarakat sejak negara kita dilanda pandemik dan menyukarkan sebarang aktiviti di luar rumah.

Namun, masyarakat boleh menarik nafas lega selepas Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sempena Gelembung Pelancongan Projek Rintin Pulau Langkawi bermula 16 September.

Ia juga termasuk kepada negeri yang berada di Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan tidak terbuka kepada individu di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Air Asia tawar harga tiket murah

Bersempena dengan pengumuman gelembung perjalanan, syarikat penerbangan, Air Asia telah memperkenalkan promosi istimewa kepada orang ramai.

Air Asia telah menawarkan tiket penerbangan serendah RM12 ke Langkawi dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh dan Kota Bahru.

Promosi yang ditawarkan ini berlangsung sekarang sehingga 19 September dan akan melakukan penerbangan bermula 16 September hingga 26 March 2022.

Harga serendah RM24 pergi balik

Menerusi perkongsian oleh @Pemburu Tiket Murah di laman Twitter, pengguna berpeluang mendapatkan tiket serendah RM24 untuk penerbangan pergi dan pulang.

Menerusi tangkap layar tiket yang telah ditempah itu, harga yang ditawarkan itu cukup murah dan pengguna mampu menikmati promosi yang dianggap istimewa itu.

Mohon kebenaran PDRM dahulu

Walaubagaimanapun, orang ramai yang ingin mengunjungi Pulau Langkawi perlulah memohon kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu.

Menurut laporan Utusan Malaysia, pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan.

Perkara itu perlu ditunjukkan kepada PDRM ketika memohon kepada mereka ketika diminta oleh penguat kuasa agensi pematuhan SOP.

Oleh itu, kepada masyarakat yang ingin membuat penerbangan digalakkan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan penularan berlaku.

Kredit: Twitter Pemburu Tiket Murah I Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas