Connect with us

Oh! Media

Pempengaruh Dikecam Panggil Pembantu Rumah ‘Kepam’, Jawab Isu Anak Dihempap Katil

pempengaruh

Trending

Pempengaruh Dikecam Panggil Pembantu Rumah ‘Kepam’, Jawab Isu Anak Dihempap Katil

Pempengaruh terkenal di TikTok, Mia Azahar dikecam netizen selepas berkongsi video anaknya terjatuh sebelum dihempap oleh katil dan tilam.

Ketika kejadian, Mia berada di luar negara dan hanya memerhati melalui CCTV di rumah. Mia meluahkan rasa kecewa mendakwa pembantu rumah cuai menjaga keselamatan anak.

IKLAN

Mia dikecam panggil pembantu rumah kepam

Apa yang membuatkan netizen tak puas hati adalah apabila Mia turut menyuarakan rasa jijik terhadap pembantu rumahnya dan memanggilnya dengan gelaran ‘kepam’.

Terbaru, Mia tampil memberikan penjelasan menerusi satu video TikTok miliknya. Jelas Mia, dia melabel pembantu rumah ‘kepam’ bukan disebabkan bentuk badannya.

Tetapi disebabkan pembantu rumah tidak menjalankan tugas menjaga anaknya dengan baik.

Mia sangat kecewa apabila insiden anaknya jatuh terlentang dan kepala terhempap ke lantai langsung tidak dimaklumkan.

Dia tak beritahu mak mentua aku pun, sedangkan mak mentua aku ada kat dalam rumah ni, tengah jaga bayi dalam bilik.

Menurut Mia, kejadian itu berlaku sekitar jam 8 pagi dan Mia hanya mengetahui tentangnya pada jam 10 malam selepas memeriksa CCTV.

Penjelasan penuh Mia

Mia risau anaknya mengalami kecederaan dalaman jika tidak mendapatkan rawatan segera. Jika diberitahu awal, Mia boleh meminta tolong jiran atau rakan-rakan untuk membawa anak ke hospital.

Dedah pempengaruh ini lagi, pembantu rumahnya diakui tidak pembersih dan membuat kerja sekadar ala kadar.

Jelasnya lagi, pembantu rumah pernah lap peluh di mukanya dan terus memegang muka anak tanpa membersihkan tangan terlebih dahulu.

Ada satu video dia korek hidung, kesat dekat baju dan kemudian tak basuh tangan diaterus angkat anak aku.

Sepanjang seminggu tiada di rumah, pelbagai cerita yang timbul mengenai pembantu rumah membuatkan emosi Mia terganggu.

Pssttt! Tak pasal-pasal Mia kena terangkan pula dari pihaknya kan? Normallah bagi seorang ibu untuk meluahkan kerisauan dirinya kan. Diharapkan pembantu rumah dapat mengambil pengajaran supaya lebih berhati-hati selepas ni.

Kredit: TikTok @miaazahar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas