Connect with us

Oh! Media

“Pemilik Kelab Komedi Buka Ruang Individu Hina Bangsa-Bangsa Lain” – Yusuf Azmi

Yusufazmi

Trending

“Pemilik Kelab Komedi Buka Ruang Individu Hina Bangsa-Bangsa Lain” – Yusuf Azmi

Isu membabitkan seorang pelawak wanita yang membuat persembahan dengan cara mempersendakan agama Islam dan menanggalkan pakaiannya masih menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen hingga ke hari ini.

BACA: Bukan Wanita Tu Jer! Netizen Berjaya Korek Seorang Lagi Pelawak Solo Sindir Islam

Bukan itu sahaja, pemilik kelab komedi Crackhouse Comedy Club yang dikenali sebagai Rizal turut terpalit dengan isu ini kerana membenarkan persembahan itu untuk diteruskan.

IKLAN

Pemilik kelab harus dikenakan tindakan

Semalam, Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields bagi membuat laporan terhadap kelab komedi terbabit.

Saya minta pihak polis jalankan siasatan terhadap Rizal kerana dia individu yang membuka ruang kepada ‘stand-up comedian’ termasuk wanita itu untuk menghina bangsa-bangsa yang lain. Ini bukan soal bangsa Melayu sahaja, tetapi apa jua bangsa.

Yusuf Azmi turut menegaskan sekiranya tiada tindakan penutupun dilakukan pihak berkuasa terhadap premis berkenaan, dia tidak akan teragak-agak untuk melakukan mogok di hadapan kelab tersebut.

Jelasnya lagi, keharmonian agama dan bangsa perlu dijaga dengan cara menjaga batasan ketika melakukan persembahan yang berbentuk hiburan.

Kita perlu ada sensitiviti, tidak boleh menghina budaya, agama dan bangsa. Bukan semua perkara boleh dijadikan bahan komedi kerana Malaysia ini ada pelbagai bangsa dan agama.

Turut hadir memberikan sokongan terhadap tindakan tegas Yusuf Azmi itu ialah pengarah filem, Syamsul Yusof dan pelawak Shahrol Shiro serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Untuk info, tertuduh Siti Nuramira Abdullah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan permusuhan dan kebencian di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Kredit: MalaysiaGazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas