Connect with us

Oh! Media

“Pemimpin Jangan Jadi Badut Main Isu 3R” – Sultan Pahang

Ohmedia sultan pahang bertitah isu 3r

Oh! Negara

“Pemimpin Jangan Jadi Badut Main Isu 3R” – Sultan Pahang

Sultan Pahang sudah bertitah! Di pentas politik, ada yang berdebat, ada yang bersuara lantang, dan ada juga yang sengaja mencetus provokasi demi agenda tersendiri.

Namun, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tampil dengan peringatan tegas supaya berhenti menjadi ‘badut’ yang mempermainkan isu raja, agama dan kaum (3R).

Sultan Pahang titah tugas pemimpin menjadi jambatan penyatuan…

Image

Baginda menekankan bahawa peranan pemimpin bukan untuk memecahbelahkan rakyat, sebaliknya menjadi jambatan penyatuan.

IKLAN

Titah ini turut senada dengan pandangan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, yang menyeru pemimpin agar berperanan sebagai pendamai dan bukan pencetus ketegangan.

Biarkan ‘pentas’ ini terus tenang, tanpa ‘drama’ yang menyakitkan. ‘Berdialoglah’ guna akal dan hati, bukannya ‘bermonolog’ guna nista dan benci.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Masjid Baharu Kampung Durian Hijau, Masjid Rahman Ibn Auf, Jerantut pada Selasa.

Jangan biarkan sejarah hitam negara berulang…

Image

Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan bahawa sejarah membuktikan pertelingkahan kaum dan agama yang tidak dikawal boleh membawa kepada kehancuran. Kesilapan lalu seharusnya dijadikan pengajaran agar keharmonian negara terus terpelihara.

Kita tidak mahu sejarah hitam itu berulang hanya kerana kealpaan kita dalam mengurus isu sensitif ini dengan hikmah dan bijaksana.

Hormatilah antara satu sama lain, jagalah sensitiviti antara agama dan kepercayaan. Jangan sesekali kita biarkan kejahilan dan keangkuhan, merosakkan apa yang telah lama kita bina bersama.- Titah baginda.

Baginda juga menyeru semua pihak agar bertindak dengan matang, tanpa mengapi-apikan sentimen yang boleh memecahbelahkan rakyat.

Jangan diam bila Islam dihina!

Image

Dalam titah baginda, turut menzahirkan kebimbangan terhadap suara-suara sumbang yang memperlekehkan Islam dan menyentuh sensitiviti agama lain.

Sebagai ketua agama Islam di negeri Pahang, baginda menyeru umat Islam agar mempertahankan agama dengan penuh hikmah, tanpa terbawa-bawa dengan emosi.

Adakah ini yang dikatakan sebagai sebuah negara merdeka? Atau hanya merdeka pada angka, bukan minda rakyatnya? Walaupun kita sebagai Muslim diajar mengikut resmi padi, semakin berisi semakin menunduk yakni rendah hati dalam keilmuan, beradab dalam tutur kata, bijaksana dalam perbuatan.

Namun, janganlah kerana kelembutan dan kesopanan itu, ada pihak yang berani memperlekehkan agama kita sesuka hati. Islam tidak pernah mengajar kita untuk tunduk kepada penghinaan dan penindasan.

Janganlah kita berdiam diri apabila agama kita dihina. Hormatilah antara satu sama lain, jagalah sensitiviti antara agama dan kepercayaan. Jangan sesekali kita biarkan kejahilan dan keangkuhan merosakkan apa yang telah lama kita bina bersama.

#ApaKataOhmedia

Titah Sultan Pahang ini adalah peringatan yang jelas buat semua bahawa perpaduan negara bukan sesuatu yang boleh dipertaruhkan demi kepentingan politik atau peribadi.

Jika mahu keamanan berpanjangan, pemimpin dan rakyat harus memainkan peranan dalam menjaga keharmonian negara.

Ohmedia sultan pahang bertitah isu 3r

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas