Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Tahu Perkataan Allah Itu Sensitif” – Lelaki Hina Agama Islam Mohon Tak Dipenjara

Wai loong hina agama ohmedia

Trending

“Saya Tak Tahu Perkataan Allah Itu Sensitif” – Lelaki Hina Agama Islam Mohon Tak Dipenjara

Sebelum ini kami ada melaporkan seorang individu, Chiok Wai Loong sakan menghina kalimah Allah dan Islam telah tampil mohon maaf di khalayak ramai selepas panglima silat, Tok Panglima Aduka hadir ke lokasi rumahnya.

BACAWai Loong Mohon Maaf Selepas Hina Agama Islam

Menurut laporan Harian Metro, dia yang juga merupakan juruteknik aplikasi sosial itu mendakwa hanya menjadi ‘keyboard warrior’ dan tidak tahu kalimah ‘Allah’ itu sensitif serta menghina agama Islam. 

IKLAN

Wai Loong mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan membuat hantaran bersifat jelik berkaitan kalimah Allah dan dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda sebanyak RM12,000.

Lelaki itu juga memohon agar tidak dipenjarakan kerana tidak mahu hilang kerja.

Saya tidak sengaja, hanya mahu menjadi ‘keyboard warrior’, saya tidak tahu perkataan itu sensitif kepada orang lain.

Kami orang Cina ada rantai kaki dan tangan serta tatu Tuhan di pelbagai bahagian badan, ingat hanya kecil punya hal, saya tidak tahu perkataan ini boleh jadi menghina.

Walau bagaimanapun, untuk menjadi pengajaran kepada masyarakat di luar sana, Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh memohon agar hukuman berat dan setimpal dikenakan.

Sebanyak 24 laporan polis dibuat orang ramai berhubung isu ini yang menunjukkan keseriusan hantaran yang dibuat bersifat sensitif kepada penganut agama Islam.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas