Oh! Tidak
Pemandu e-Hailing Buat Gangguan Seksual Dibatalkan Lesen
Pemandu Grab di Johor buat gangguan seksual, MOT arah batal lesen PSV serta-merta.
Insiden tak diingini membabitkan seorang pemandu Grab yang didakwa buat gangguan seksual terhadap penumpang wanita di Johor Bahru tular di media sosial.
Lebih mengejutkan, tindakan tak senonoh itu sempat dirakam oleh mangsa sendiri dalam video berdurasi pendek yang kemudiannya mengundang kemarahan ramai netizen.
Video tular cetus kemarahan ramai

Dalam video tersebut, pemandu e-hailing terbabit dilihat menghulurkan tangan ke belakang, dipercayai untuk menyentuh penumpang wanita.
Mangsa sempat menepis tangan lelaki itu yang juga dilaporkan bertanya soalan berunsur lucah dalam bahasa Mandarin.
Antaranya, pemandu itu didakwa bertanya umur wanita tersebut dan “berapa harganya” yang jelas menimbulkan rasa jijik dan tidak selamat.
Anthony Loke arah batal lesen serta-merta

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke tidak mengambil ringan isu ini dan terus mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membatalkan Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) suspek.
Tindakan itu bermaksud pemandu tersebut tidak dibenarkan berkhidmat sebagai pemandu di semua platform e-hailing.- Katanya.
Arahan pembatalan ini dilihat sebagai langkah tegas untuk memberi isyarat bahawa keselamatan penumpang adalah keutamaan.
Semua syarikat e-hailing akan dipanggil

Bukan itu saja, MOT juga akan panggil semua syarikat pengendali e-hailing, termasuk Grab, untuk bentangkan pelan tindakan bagi tingkatkan aspek keselamatan.
Tindakan ini akan diselaras melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sebagai usaha memperketatkan sistem sedia ada.
Anthony Loke turut beri jaminan bahawa kementeriannya tak akan bertolak ansur dengan mana-mana pemandu yang cetuskan rasa takut atau bahaya kepada pengguna.
MOT sedia memberikan sokongan penuh kepada mangsa bagi memastikan tindakan polis diambil terhadap pelaku.- Katanya.
Pssttt! Ohmedia harap korang yang naik e-hailing lebih berhati-hati dan jangan takut untuk rakam atau lapor kalau rasa tak selamat. Keselamatan korang bukan benda remeh.
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM