Connect with us

Oh! Media

Pemandu 4×4 Buang Sampah Dan Tunjuk Isyarat Lucah Dikecam Netizen

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Trending

Pemandu 4×4 Buang Sampah Dan Tunjuk Isyarat Lucah Dikecam Netizen

Satu video tular menunjukkan seorang pemandu pacuan 4 roda dengan selamba membuang sampah keluar dari kenderaannya. Tindakan tidak bertanggungjawab ini jelas tidak disenangi oleh seorang lagi pemandu yang berada di lorong bertentangan.

Ketika ditegur, pemandu pacuan 4 roda itu bukannya meminta maaf tetapi sebaliknya menunjukkan isyarat tangan lucah. Teguran yang diberikan langsung tidak diterima, malah dia dianggap bersikap “tak sekolah.”

Tanpa rasa bersalah, pemandu tersebut menutup tingkap keretanya dan berlalu pergi, meninggalkan sampah yang dibuang begitu sahaja. Pemandu yang menegur sempat berpesan agar dia menunjukkan contoh yang baik kepada budak-budak.

IKLAN

Orang lain pula kena turun kereta buang sampah dia…

Akhirnya, pemandu yang menegur itu keluar dari keretanya dan mengutip semula sampah tersebut sambil terus membebel, jelas tidak puas hati dengan sikap pemandu 4×4 itu.

Netizen pantas mengecam tindakan pemandu pacuan 4 roda merah itu, menganggapnya sebagai tidak bertamadun. Ada yang mengeneralisasikan bahawa pemandu pacuan 4 roda memang jenis yang suka buat hal dan berkelakuan buruk.

https://twitter.com/update11111/status/1828080079404257766

“Kereta je besar tapi otak kecik.”- Komen seorang netizen.

Komen lain pula mencadangkan agar video tersebut dihantar kepada pihak majlis perbandaran supaya tindakan boleh diambil terhadap pemandu tersebut. Mereka juga berharap supaya “spesis” seperti ini tidak membiak lagi, demi persekitaran yang bersih dan sihat.

Seorang lagi netizen berkata, “Campak balik sampah letak dekat belakang kereta dia. Geram pulak aku tengok. Dah tua tetapi bodoh.”

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Aplikasi X


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas