Connect with us

Oh! Media

Pelancong Sepanyol Dirog*l Bergilir-Gilir Depan Suami Yang Diikat, Rupanya 8 Lelaki Disyaki Terlibat

Pasangan Selanyol dirogol lelaki india

Trending

Pelancong Sepanyol Dirog*l Bergilir-Gilir Depan Suami Yang Diikat, Rupanya 8 Lelaki Disyaki Terlibat

Sebelum ini kami melaporkan sepasang suami isteri yang merupakan travel blogger dari Sepanyol berdepan detik hitam dalam hidup apabila menjadi mangsa rompak ketika berada di India.

ADVERTISEMENT

Si isteri yang dikenali sebagai Fernanda juga menjadi mangsa rogol tujuh lelaki durjana di hadapan suaminya sendiri. Allahu!

BACAPelancong Sepanyol Dakwa Dirompak, Dir*gol 7 Lelaki Di India Depan Suami Sendiri

Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, kesemua suspek yang terbabit dalam kes rogol minggu lepas itu telah ditahan polis India.

Sebelum ini tiga suspek ditangkap polis di negeri Jharkhand selepas kejadian yang berlaku di Dumka pada 1 Mac lepas dan lagi lima suspek baru saja ditahan menjadikan jumlah keseluruhan suspek kepada lapan orang yang masing-masing berusia 18 hingga 25 tahun.

Lelaki itu mengikat si suami dan bergilir-gilir merogol wanita terbabit selama kira-kira dua jam selepas pasangan itu memasang khemah untuk bermalam di kawasan Hansdiha, kira-kira 300 kilometer dari ibu negeri Ranchi.

Suami mangsa dipercayai diikat ketika isteri dirogol bergilir-gilir oleh kesemua suspek lebih kurang 2 jam selepas pasangan Sepanyol itu pasang khemah di kawasan Hansdiha.

Pasangan itu turut menceritakan bagaimana kejadian itu terjadi menerusi Instagram miliknya.

Mereka memukul kami dan merompak kami, walaupun tidak banyak perkara (diambil) kerana apa yang mereka mahu ialah merogol saya.

Mereka meletakkan pisau di leher saya, dan memberitahu akan membunuh saya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas