Connect with us

Oh! Media

Pelakon Lelaki Ditahan Reman 14 Hari, Didakwa Rogol Seorang Wanita

Ohmedia remaja perempuan oku lembam dirogol

Trending

Pelakon Lelaki Ditahan Reman 14 Hari, Didakwa Rogol Seorang Wanita

Pelakon lelaki ditahan reman 14 hari selepas didakwa rogol wanita di sebuah parti.

Seorang pelakon lelaki kini menjadi perhatian selepas ditahan reman 14 hari oleh mahkamah berhubung dakwaan merogol seorang wanita bulan lepas.

Menurut laporan Astro Gempak, pegawai penyiasatan memaklumkan bahawa tempoh reman itu diperlukan bagi memastikan siasatan berjalan lancar serta mengelakkan sebarang bukti diganggu.

Pelakon cuba larikan diri, tapi gagal

Cabul

Sebelum ditahan, pelakon yang dikenali sebagai Ashish Kapoor itu difahamkan cuba melarikan diri ke Goa. Namun, usahanya itu tidak berjaya selepas pihak polis melancarkan operasi bersepadu hingga berjaya menangkapnya.

IKLAN

Kes yang dikatakan berlaku di sebuah parti di Delhi, India itu kini menjadi antara topik panas dalam industri hiburan Bollywood.

Mangsa buat laporan polis

Polis

Menurut laporan, mangsa sendiri tampil membuat aduan polis dengan mendakwa dirinya dirogol oleh Kapoor ketika berada di bilik air semasa parti berlangsung.

Lebih mengejutkan, mangsa turut mendakwa dia dipukul oleh isteri penganjur parti sehingga menambah trauma terhadap kejadian yang dialaminya.

Pssttt! Jangan pernah ambil mudah isu gangguan seksual. Suara mangsa perlu didengar, dan keadilan mesti ditegakkan tanpa kompromi. Hormat itu asas kemanusiaan.

Kredit: Astro Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas