Connect with us

Oh! Media

Buku Zara Qairina Didapati Ada Dua Tulisan Tangan Berbeza

Ohmedia inkues kes zara qairina

Oh! Tidak

Buku Zara Qairina Didapati Ada Dua Tulisan Tangan Berbeza

Buku milik arwah Zara Qairina didedahkan ada dua tulisan tangan berbeza dalam prosiding inkues kematiannya.

Sejak bermulanya prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir, semakin banyak pendedahan mengejutkan muncul di mahkamah.

Kali ini, seorang pemeriksa dokumen mendedahkan bahawa buku diari milik arwah sebenarnya tidak ditulis oleh satu orang sahaja.

Buku diari Zara Qairina ada dua penulis…

Zara Qairina Kubur

Menurut Pemeriksa Dokumen Jabatan Kimia Malaysia, Nurul Atiqah Mohd Noh, buku yang ditanda sebagai ‘W3’ itu mengandungi dua gaya tulisan tangan berbeza pada muka surat pertamanya.

IKLAN

Ada dua gaya tulisan yang berbeza (di muka pertama buku itu). Ada dua nama sebagai pemilik di muka surat berkenaan.- Katanya ketika menjawab soalan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Beliau mengesahkan terdapat tulisan yang ditulis bersilih ganti oleh dua individu pada tarikh berbeza.

Perbandingan dengan tulisan arwah…

Zara Qairina

Dalam keterangannya, Nurul Atiqah menjelaskan bahawa beberapa muka surat dalam buku itu mempunyai persamaan dengan tulisan tangan arwah Zara Qairina yang ditanda sebagai contoh ‘SA’.

Tulisan tangan yang dipertikaikan di W3 pada muka surat tiga hingga enam, 15 hingga 24, 38 hingga 45, 47 hingga 57, 65 hingga 72 dan 90 hingga 103 menunjukkan persamaan ketara yang mencukupi dalam ciri-ciri tulisan tangan contoh ‘SA’.

Sehubungan itu, saya berpendapat bahawa tulisan tangan yang dipertikaikan adalah ditulis oleh penulis contoh.- Katanya.

Tulisan tangan orang lain turut ditemui….

Peguam Zara

Berdasarkan hasil pemeriksaan, beberapa helaian lain dalam buku itu tidak sepadan dengan tulisan tangan arwah.

Tulisan tangan yang dipertikaikan dalam W3 pada muka surat dua, tujuh hingga 14, 25 hingga 37, 46, 58 hingga 64 dan 73 hingga 89 menunjukkan perbezaan ketara dalam ciri-ciri tulisan tangan daripada tulisan tangan contoh ‘SA’.

Oleh itu, saya berpendapat bahawa tulisan tangan yang dipertikaikan bukan ditulis oleh penulis contoh.- Jelas Nurul Atiqah.

Untuk membuat perbandingan ini, Nurul Atiqah menggunakan tulisan contoh atas nama Zara Qairina daripada sebuah buku latihan serta dua buku teks sekolah. Beliau memeriksa sebanyak 15 helaian kertas, empat buku nota dan dua buku teks bagi tujuan pengesahan.

Nurul Atiqah yang berusia 44 tahun ini bukan sebarangan orang. Dengan pengalaman lebih 21 tahun di Jabatan Kimia Malaysia sebagai pegawai sains, beliau telah terbabit dalam pelbagai kes forensik dokumen melibatkan tandatangan, tulisan tangan, tulisan taip, kertas, dakwat dan proses percetakan.

Pssttt! Bila dengar kisah macam ni, korang mesti rasa pelik dan tertanya-tanya kenapa buku arwah boleh ada dua tulisan tangan berbeza. Benda ni ajar kita satu perkara, dalam hidup ni, setiap detail kecil boleh jadi bukti besar yang bantu bongkar kebenaran. Jadi, jangan pandang ringan pada hal-hal kecil kerana kadang-kadang di situlah terletaknya jawapan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas