Oh! Artis
Nadzmi Adhwa Jawab Kecaman Benarkan Isteri Sertai Misi Gaza
Nadzmi Adhwa jawab kecaman netizen selepas benarkan isterinya, Ardell Aryana sertai misi ke Gaza.
Bila isteri pelakon terkenal Ardell Aryana sertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, terus ramai netizen naik suara.
Macam-macam kecaman keluar, ada yang persoal kenapa suami dia, Nadzmi Adhwa, ‘biar’ isterinya pergi ke zon berisiko tinggi. Tapi Nadzmi tak diam, dia tampil jelaskan sebab sebenar.
Nadzmi Adhwa jelaskan misi bukan untuk berperang…

Menurut Nadzmi, kehadiran Ardell bukan untuk berperang, tapi semata-mata nak membantu mangsa konflik. Katanya, misi macam ni memang perlukan komitmen besar dari segi masa dan kewangan, jadi bukan semua orang mampu buat.
Kalau apa-apa jadi dekat bot contohlah, korang dah berpuluh ribu orang nampak tu. Itulah pentingnya Adel ada dekat situ, Kak Zizi tu ada dekat situ sebab dunia tengah memerhati.Ada apa-apa jadi kat diorang ni, semua tau korang pun tau cepat.- Jelasnya.
Tambah Nadzmi lagi, keluarganya mengizinkan untuk Ardell sertai misi ni tanpa jejaskan tanggungjawab mereka.
Alhamdulillah Allah dah rezekikan kami, ada rezeki lebih sikit. So Ardell pergi tak apa, saya boleh lagi cari duit.
Cari rezeki untuk anak-anak semua macam tu. So duit yang ada lebih untuk disalurkan, boleh dia bawa.- Katanya.
Jawab tuduhan netizen…

Ada juga yang tuduh Nadzmi sebagai suami lemah sebab biarkan isteri ke tempat berisiko. Tapi dia anggap semua tu tak wajar dan hanya cakap kosong.
Mereka dah nampak Allah sahaja. Sudah tak fikir mengenai keselamatan sendiri, Mereka sudah tak fikir. Macam mana kau (netizen) nak cakap aku banggang ni? Sebab berbeza tahu. Mereka ini memang dipilih, hebat.- Katanya tegas.

Bagi Nadzmi, peserta misi termasuk Ardell, Ahmad Musa Al-Nuwayri, penyanyi Zizi Kirana dan aktivis Iylia Balqis, dipilih sebab mereka ada komitmen dan keberanian tinggi.
Apa yang paling ditekankan Nadzmi adalah soal niat. Dia pesan pada isterinya untuk betulkan niat sebelum pergi.
Sebab itu saya cakap dengan Ardell, luruskan niat, luruskan niat. Niat adalah nak bantu. Yang penting kita dapat bantu, dapat balik Alhamdulillah. Tak dapat balik itu kisah kedua. Yang penting bantu dulu.- Katanya.
Bagi Nadzmi, keputusan ini jelas berlandaskan misi kemanusiaan, bukan soal nama atau kepentingan peribadi.
Misi Global Sumud Flotilla terbesar dunia…

Untuk korang tahu, misi GSF ni adalah yang terbesar dalam sejarah dunia, dengan lebih 1,000 aktivis dari 44 negara menyertai. Lebih 50 kapal digunakan untuk hantar bantuan ubat-ubatan dan makanan kepada rakyat Gaza yang terjejas akibat perang sejak 7 Oktober 2023.
Menariknya, ramai wanita terlibat dalam misi ni dengan tugas penting termasuk logistik, bantuan perubatan dan dokumentasi. Memang terbukti peranan mereka besar dalam operasi berisiko ni.
Pssttt! Kadang-kadang netizen cepat sangat menghukum tanpa tahu cerita sebenar. Kalau orang ada niat baik nak bantu sesama manusia, kita patut sokong, bukan kecam. Ingat korang, keberanian dan pengorbanan macam ni bukan semua orang mampu buat. Jadi, sebelum menilai orang lain, cuba hargai dulu usaha mereka.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM