Connect with us

Oh! Media

Pelajar Terselamat Kongsi Cerita Sebenar Keracunan Gas Karbon Monoksida Dua Tahun Lalu

Trending

Pelajar Terselamat Kongsi Cerita Sebenar Keracunan Gas Karbon Monoksida Dua Tahun Lalu

Pelajar terselamat dalam insiden keracunan karbon monoksida lebih setahun yang lalu menceritakan kembali detik akhir sebelum dia dan rakan-rakan tidak sedarkan diri.

ADVERTISEMENT

BACA: Gas Bocor Dalam Ambulans Punca Seorang Petugas Kesihatan Maut, Tiga Pengsan

Dalam kejadian yang berlaku di stesen minyak di Seberang Jaya, Pulau Pinang itu, Nor Aqilah Mohd Safwan telah kehilangan kakak kembarnya, Nor Adilah dan dua sahabat karibnya, Sharifah Fariesha dan Ayuni Shazwanie.

Keracunan gas karbon monoksida

Gadis berusia 23 tahun itu telah memuat naik video di laman TikTok sebagai tanda kenangan bersama tiga insan penting dalam hidupnya dan telah meraih perhatian orang ramai.

@qillmyname

Just to remember ‘)

♬ best buddies x traitor – ejaeja

Jelas Aqilah mereka sempat berbual dan tiada seorang pun yang tidur ketika itu seperti yang didakwa sesetengah laporan berita.

Kejadian sebenar

Namun, dia akui enjin serta aircond masih dihidupkan manakala pintu dan tingkap kereta tertutup rapat.

@qillmyname Reply to @kamalakasyah ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Kongsinya lagi, buka sahaja mata dia sedari sudah berada di hospital. Perkara pertama yang keluar daripada mulutnya adalah, ‘kakak mana?’.

Sebab dalam koma asyik mimpi kakak ja. Kakak bagitahu adik pengsan dekat pulau. Masa dekat ICU memang tak ingat apa yang jadi. Sampailah turun wad biasa mama abah bagitahu kakak dan kawan-kawan dah tak ada.

Tidak mampu menolak takdir, dia hanya reda dengan ketentuan tersebut.

Al-fatihah kepada mangsa-mangsa yang maut. Sesungguhnya ajal dan maut sudah ditentukan Allah SWT.

Kredit: TikTok @qillmyname

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas