Connect with us

Oh! Media

#MAHKAMAHNETIZEN “Maaf Atas Kesilapan Saya” – Kenyataan Penyokong Punca Pemain Hilang Fokus, Faizal Azumu Mohon Maaf

Oh! Tidak

#MAHKAMAHNETIZEN “Maaf Atas Kesilapan Saya” – Kenyataan Penyokong Punca Pemain Hilang Fokus, Faizal Azumu Mohon Maaf

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membuat satu kenyataan yang agak kurang enak didengar ekoran kekalahan pasukan negara ke atas Bahrain dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu yang lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: AFC Kecewa, Tak Akan Luluskan Penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil Lagi

Sorakan penyokong jadi faktor kekalahan

Datuk Seri Faizal Azumu menyatakan bahawa sorakan penyokong ketika pemain naturalisasi negara, Guilherme De Paula dimasukkan telah menyebabkan hilangnya fokus para pemain lain di atas padang sehingga mereka dihukum pihak lawan.

Seingat saya sejurus jaringan pertama kelihatan beberapa kelibat pemain di luar padang antaranya Guilherme De Paula akan dimasukkan ketika itu yang menyebabkan seluruh stadium bersorak.

Sorakan sedemikian menyebabkan pemain hilang fokus, sekali gus skuad kita terlepas daripada menjaringkan gol.

Jadi kalau hendak kata (kekalahan) disebabkan 100 peratus faktor pemain pun, sebenarnya kita sebagai penonton menyumbang kepada larinya fokus pemain.

Kenyataan yang dibuatnya itu mendatangkan rasa marah rakyat Malaysia lebih-lebih lagi para penyokong yang hadir memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya tempoh hari.

Buat permohonan maaf

Selepas mendapat kecaman yang teruk dari warganet atas kenyataan yang dibuatnya itu, Datuk Seri Ahmad Faizal tampil membuat satu permohonan maaf menerusi akaun Twitternya.

Sorakan dan sokongan para penyokong sebagai pemain ke-12 amat penting dan amat dihargai.

(Bila dah kena balon, saya pun pening). Cakap2 bola saya sebelum ini telah disalah erti.

Ampun dan maaf atas kesilapan saya.

Ciapan yang dibuat Faizal Azumu menerusi Twitternya mendapat respon dari warganet yang rata-ratanya masih marah dengan kenyataan yang dibuat Menteri Belia dan Sukan itu sebelum ini.

Betul ke Menteri Belia dan Sukan?

‘Welcome’ to Malaysia

Letak jawatan je lah

Faizal Azumu jangan datang ke stadium

Kerana mulut, badan binasa. Diharapkan agar semua pihak lebih berhati-hati untuk membuat kenyataan selepas ini. Jangan main-main dengan netizen Malaysia.

Kredit: Twitter Faizal Azumu

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas