Connect with us

Oh! Media

Op Patuh: 2 Kilang Cetak Diserbu Tak Patuh SOP Kutipan Denda RM27,500

Trending

Op Patuh: 2 Kilang Cetak Diserbu Tak Patuh SOP Kutipan Denda RM27,500

Pihak kerajaan baru-baru ini telah melaksanakan Op Patuh di mana pihak berkuasa akan melakukan serbuan terus sebaik sahaja mendapati mana-mana pihak melanggar SOP.

ADVERTISEMENT

Terbaru, dua buah kilang percetakan di Jelutong dan Jalan Petani, Georgetown telah menerima kompaun kerana melanggar syarat yang diberikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Kilang terbabit didapati beroperasi melebihi had kehadiran kakitangan yang dibenarkan.

Seramai 264 individu dan 11 kilang diperiksa menerusi operasi yang dijalankan antara jam 10 pagi hingga 3.30 petang.

Sebanyak tujuh kompaun dikeluarkan atas beberapa kesalahan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM27,500. – Kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong.

Pihak polis turut melakukan pemeriksaan terhadap 11 premis lain dan agensi lain turut melakukan pemeriksaan di empat lokasi daerah Timur Laut.

Operasi berkenaan bukan bertujuan bagi mencari kesalahan semata-mata tetapi bagi mendidik masyarakat supaya patuh pada arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM semasa tempoh PKP. – Katanya lagi.

Semoga penguatkuasaan ini terus dilakukan setiap hari dan tidak melepaskan mana-mana kilang yang beroperasi tanpa mengikut SOP.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas