Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

Nikita Willy Tak Pandai Menyapu Kerana Sibuk Bekerja Dari Kecil?

Ha sekarangkan ramai wanita sibuk bekerja sampai ada yang masih tak mahir buat kerja rumah seperti wanita lain. Korang nak tahu tak, ada seorang penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia pun tak tahu nak buat kerja rumah kerana kekangan bekerja.

BACA: Suami Kantoi ‘Projek’ Dengan Bibik Di Garaj Kereta Masa Isteri Sibuk Kerja, Rupanya Dah 2 Tahun Berskandal

IKLAN

Menerusi video yang dikongsikan di YouTube, penyanyi dan pelakon Nikita Willy mengaku tidak pernah memegang penyapu atau lakukan kerja rumah walaupun sudah berkahwin.

Bukan sahaja tidak pandai menyapu dia juga berkata tidak pandai melakukan kerja-kerja rumah yang lain seperti menggosok pakaian.

Sebenarnya ibu pernah mengajar saya cara menyapu tapi saya tak pernah lakukan kerana sibuk bekerja sejak kecil.

Walaupun dari video tersebut, Nikita dilihat kekok memegang penyapu namun dia tetap tekad untuk perbaiki kelemahan diri dan berkata telah menyertai kelas pengurusan rumah tangga.

Tangan kiri pegang penyodok, tangan kanan pegang penyapu? Betul ke caranya? Kenapa sampah tak masuk?

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat penyanyi dan pelakon itu untuk terus belajar.

Takpe lah asalkan ada usaha nak belajar. Buat kaum wanita yang masih tak pandai buat kerja rumah, jangan putus asa kerana masih tidak terlambat untuk belajar.

Kredit: YouTube

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas