Connect with us

Oh! Media

Oh! Tidak

“Siap-Siap Tidur Luar Bang” – Sibuk Menyanyi Dengan Perempuan Lain, Isteri Heret Suami Turun Pentas

Ha mesti korang tahu kan video viral di Tiktok tentang seorang isteri mengheret suaminya yang sibuk menyanyi dengan perempuan lain turun dari pentas.

BACA: Lelaki Viral Heret Dan Pukul Isteri Dipenjara Tiga Bulan

IKLAN

Dalam video tu dapat dilihat lelaki yang berbaju batik tengah seronok berduet dengan seorang wanita muda.

Berang dengan tindakan suaminya, wanita yang dipercayai isterinya terus naik ke pentas dan memukul tangan lelaki itu.

Lagi mengejutkan, wanita itu juga dikatakan memarahi pengacara majlis sehingga semua penonton dan penyanyi lain terkesima.

Siap-siap tidur luar bang

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berkata tak perlu lah menghukum kerana wanita lain akan buat benda yang sama jika suaminya macam tu.

Sebagai seorang isteri, mesti ada perasaan cemburu.

Siap-siap tidur luar bang.

Hasil pemerhatian kami, video itu telah pun dipadam oleh pemilik TikTok berkenaan.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas