Connect with us

Oh! Media

“I Divorce You” – Sibuk Dengan Urusan Lain, Puteri Dubai Ceraikan Suami Dengan Talak 3 Melalui Instagram

Ohmedia puteri Dubai Ceraikan Suami

Oh! Tidak

“I Divorce You” – Sibuk Dengan Urusan Lain, Puteri Dubai Ceraikan Suami Dengan Talak 3 Melalui Instagram

Makin banyak ek kes cerai sekarang ni? Katanya kali ini ada isteri yang sanggup ceraikan suami melalui Instagram je. Boleh pulak macam tu?

Anak Perdana Menteri UEA dan penguasa Dubai, Puteri Sheikha Mahra mengejutkan netizen apabila bertindak menceraikan suaminya, Sheikh Mana Maktoum setelah setahun bersama melalui hantaran Instagram.

Kalau nak ikutkan dalam Islam, isteri tak ada hak untuk ceraikan suami melainkan si isteri minta fasakh. Namun, katanya keputusan itu dibuat kerana Puteri Dubai tersebut mendakwa suaminya terlalu sibuk dengan urusan lain.

IKLAN

Lebih mengejutkan, penceraian tersebut dilaporkan telah jatuh talak tiga kerana Puteri Sheikha menyebut ‘saya ceraikan awak’ sebanyak 3 kali.

Wahai suami, memandangkan awak sibuk dengan beberapa hal lain, dengan ini saya mengisytiharkan perceraian kita.

I divorce you, I divorce you, and I divorce you.

Take care. Your ex-wife.

Susulan itu, Puteri tersebut telah pun memadam semua gambar bersama suaminya namun masih belum ada kenyataan rasmi daripada kerajaan berkenaan isu ini.

BACA: Bekas Madu Kepada Pelakon Terkenal Didakwa Turut Diceraikan Suami Yang Juga Pengarah Terkemuka

Terdahulu, pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Astaghfirullah, patutnya mana boleh macam ni. Ingat ye para isteri, kalau nak minta cerai pun jangalah sampai post dekat Instagram. Sepatutnya bincanglah baik-baik. Apapun semoga perkara ini selesai dengan baik.

Ohmedia puteri Dubai Ceraikan Suami

Jap!


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas