Connect with us

Trending

Niat Bantu Ibu Redah Banjir Tidak Kesampaian, Dua Beranak Hanyut Dibawa Arus Deras

Baru-baru ini beberapa kawasan di Padang Terap, Kedah telah mengalami banjir kilat susulan hujan lebat.

Dalam pada penduduk kampung sedang bergelut dengan situasi tersebut, terdapat kejadian yang tidak diingini berlaku apabila seorang lelaki dan ibunya hanyut dibawa arus sungai.

IKLAN

Menerusi laporan Harian Metro, difahamkan dua beranak itu telah meredah banjir walaupun sudah dihalang oleh penduduk kampung.

Penduduk kampung sudah panggil dua beranak itu supaya jangan redah banjir sebab arus sungai sangat deras tetapi mereka tetap meneruskan perjalanan.

Saya nampak si ibu sempat berpaut pada pokok getah sebelum anaknya berpatah balik untuk mengambil ibunya, tetapi kedua-duanya hanyut.

Kejadian itu dipercayai berlaku ketika  Muhammad Rosman Rohaidi, 19, dan ibunya, Salmah Mohd Zain, 46, baru pulang daripada membeli nasi lemak dengan menaiki motosikal.

Disebabkan jalan utama ke rumah mereka terputus, mangsa terpaksa meninggalkan motosikal yang dinaiki di sebuah rumah seorang penduduk. Mereka mengambil keputusan meredah banjir untuk pulang ke rumah.

Seorang saksi kejadian berkata dia terlihat wanita itu sudah berpaut pada pokok getah dan dia juga sempat meminta mangsa untuk berpatah balik.

Saya menjerit minta mereka berpatah balik bagaimanapun ibunya yang berpaut pada pokok getah terlepas dan anaknya pula cuba menarik ibunya.

Selepas itu mereka terkapai-kapai kami cuba memanggil namun tak ada tindak balas dan terus dibawa arus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang sedang melakukan Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi tersebut.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


Penulis separuh masa di OhMedia | Suka menjelajah dunia

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas