Connect with us
sanusi

Oh! Negara

Pejabat MB Kedah Nafi Sanusi Pergi Ke Jepun Untuk Bercuti Semasa Kedah Dilanda Banjir

Susulan dakwaan Menteri Besar sedang bercuti di luar negara bersama isteri tatkala beberapa daerah di negeri Kedah sedang dilanda bencana banjir dan ribut, pejabat MB Kedah tampil menafikan tuduhan tersebut.

Mereka jelaskan bahawa Muhammad Sanusi berada di Kumamoto, Jepun atas urusan rasmi bagi meninjau operasi sistem takungan air bawah tanah yang dirancang untuk dilaksanakan di Langkawi.

IKLAN

Kunjungan beliau ke Kumamoto, Jepun adalah atas urusan rasmi untuk mempelajari pengurusan operasi takungan bawah tanahdi wilayah berkenaan. Ini kerana satu projek alternatif akan dijalankan di Langkawi untuk mendapatkan bekalan air dari sumber bawah tanah bagi memenuhi keperluan pengguna di Pulau Permata Kedah itu sehingga 2040.

Projek ini adalah di bawah Bahagian Bekalan Air, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC). Projek membina empangan air bawah tanah di Langkawi yang dijangka siap pada tahun 2028 ini adalah yang pertama di Asia Tenggara.

Selain itu, pejabat MB Kedah juga memaklumkan lawatan ini sudah diatur lama sejak keputusan dibuat dalam mesyuarat LSANK bertarikh 1 April 2024. Delegasi Kerajaan Negeri Kedah berangkat ke negara matahari terbit itu pada 17 September sebelum banjir teruk melanda Kedah.

Justeru itu, Ketiadaan Menteri Besar di tanah air tidak akan menjejaskan operasi bantuan kerana agensi kawalan, bantuan dan keselamatan sedia ada di bawah kerajaan negeri dan persekutuan diyakini mampu menangani situasi dengan efisien.

sanusi

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian

Selain menulis, Nizar juga merupakan seorang pelakon & pengacara. Beliau juga sebahagian dari team yang menjalankan media sosial bagi penjenamaan Oh! Media ini.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas