Trending
“Nak Makan Ke Nak Cucuk?” – Sindir Netizen Isu Suntikan Typhoid, Peniaga Viral Ini Dikecam!
Baru-baru ini, gerai tepi jalan yang menjual mi segera dengan variasi ‘topping’ kreatif seperti hot dog, telur hancur, dan ayam rangup menjadi perhatian ramai.
Orang ramai sanggup beratur panjang demi mencuba mi segera itu walaupun ada yang berpendapat ia boleh disediakan sendiri di rumah dengan kos yang rendah.
Netizen tanya mengenai suntikan typhoid, ini respon peniaga
Terbaru, timbul kontroversi apabila seorang pelanggan bertanya kepada peniaga tersebut tentang suntikan typhoid yang wajib diambil bagi peniaga makanan.

Ternyata, jawapan yang diberikan peniaga agak mengecewakan kerana bersifat sindiran dan tidak profesional.
Netizen berpendapat setiap peniaga harus menjaga etika dan menghormati pelanggan, terutama dalam hal melibatkan kesihatan awam seperti suntikan typhoid.
Isu ini turut membuka mata orang ramai tentang kepentingan mematuhi syarat-syarat lesen perniagaan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
#OhmediaNasihat
Apabila perniagaan menjadi viral, sudah tentu akan menjadi perhatian ramai. Soalan-soalan umum sebegitu sepatutnya dijawab dengan baik supaya netizen lebih yakin dengan kualiti masakan yang disediakan. Mungkin niat netizen bertanya untuk kepastian je kan?

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM