
Trending
KKM Nak Siasat, Peniaga Akhirnya Mengaku Salah Guna Tong Sampah Buat Rendam Sotong
Tular di TikTok seorang peniaga nasi lemak menggunakan tong sampah untuk merendam sotong buat jualan.
BACA: “Saya Suka Warna Kuning” – Usahawan Mengaku Salah, Tak Tahu Glove Kuning Untuk Pencucian
Tindakan itu mengundang rasa kurang senang netizen sehingga ada yang menegur peniaga tersebut. Tetapi, peniaga itu mempertahankan tindakannya kerana tong sampah yang digunakan masih bersih.
Dia guna tong sampah buat rendam sotong untuk masak dan jual. Dah ramai yang tegur tapi jawapan sebab ramai yang buat macam tu so tak jadi masalah. Agak geram jugaklah dengan jawapan dia especially dalam bab penyediaan makanan macam ni.@KKMPutrajaya boleh dah jalankan tugas. pic.twitter.com/3ugbW086f6
— Izwan Izzat (@heyizwanizzat) June 1, 2024
Isu tersebut kemudian dimuat naik ke aplikasi X sehingga mengundang perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
KKM akan menjalankan siasatan lanjut dan berterima kasih kepada masyarakat yang membawa isu tersebut ke hadapan.

Di TikTok, peniaga itu akhirnya telah mengaku kesalahan yang dibuat dan menukar tong yang digunakan kepada bekas khas ‘food container’.
Dia meminta maaf kepada orang ramai yang kurang gemar dengan cara percakapannya dalam video sebelum ini.
Dia juga berterima kasih di atas teguran orang ramai dan akan menjadikan itu sebagai pengajaran.
Kredit: Izwan Izzat
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
