Connect with us

Oh! Media

Nabila Razali Tak Jadi Tarik Diri Dari Separuh Akhir Muzik Muzik 35?

Oh! Artis

Nabila Razali Tak Jadi Tarik Diri Dari Separuh Akhir Muzik Muzik 35?

Heboh Jumaat lepas terutamanya dalam kalangan netizen, apabila Nabila Razali, 28, memberitahu pihak media yang dia telah menarik diri daripada Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM) disebabkan masalah kesihatan.

ADVERTISEMENT

Tetapi hari ini lain pula cerita yang kami dengar. Nabila Razali, dikatakan telah bersedia untuk menyanyikan sendiri lagu Peluang Kedua di Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) yang sepatutnya berlangsung Ahad lalu tetapi ditunda disebabkan salah-seorang pesertanya, Alif Satar disahkan positif Covid-19.

Pengurusnya Mohd Asrul Abdul Talib ada memberitahu yang keputusan itu hanya akan dibuat jika tahap kesihatan Nabila pulih sepenuhnya pada tarikh program itu akan dilangsungkan nanti.

Kita akan tengok keadaan kesihatannya pada masa itu. Jika pulih sepenuhnya, besar kemungkinan Nabila yang akan buat persembahan itu.

Dari awal lagi, dia yang nak menyanyikan lagu itu sendiri, tapi masalah kesihatannya yang agak serius membuatkan pengurusan terpaksa buat keputusan macam itu. – Kata Asrul.

Asrul dikatakan cuba mengambil dari sudut positif dengan penangguhan SFMM35 itu kerana sekurang-kurangnya dapat memberi peluang buat Nabila menyanyikan sendiri lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF itu.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Sekarang, doakan saja kesihatan Nabila pulih sepenuhnya agar dapat menyanyikan sendiri lagu itu nanti. – Katanya.

BACA: Lagu ‘Peluang Kedua’ Bakal Digantikan Dengan Penyanyi Lain

Bagus la kalau macam tu, lagi pun Nabila dah berlatih sejak bulan September lagi untuk buat persembahan dekat SFMM 35, takkan dia tak nak nyanyi lagu sendiri pula kan. Apapun semoga dipermudahkan segala urusan buat Nabila.

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas