Connect with us

Oh! Media

Lagu ‘Peluang Kedua’ Bakal Digantikan Dengan Penyanyi Lain

Oh! Artis

Lagu ‘Peluang Kedua’ Bakal Digantikan Dengan Penyanyi Lain


Semua mesti dah tak sabar kan nak tengok persembahan penyanyi kesayangan korang di pentas separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM) yang akan berlansung pada malam ini dan malam ahad. 

ADVERTISEMENT

Tak ketinggalan juga bagi penyanyi Nabila Razali yang dikatakan tercalon untuk menyanyikan lagunya Peluang Kedua di SFMM pada malam Ahad ini.

Tapi lain pula cerita yang baru diterima oleh pihak media sebentar tadi. Menurut sumber, Nabila Razali baru sahaja memaklumkan yang dia tidak dapat menyertai pertandingan separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) atas faktor kesihatan.

Pengurusnya, iaitu Mohd Asrul Abdul Talib berkata, keputusan itu dibuat selepas mereka mendapat nasihat doktor, guru vokal Datuk Syafinaz Selamat, komposer lagu Peluang Kedua, Hael Husaini & MFMF.

Dukacita saya ingin memaklumkan bahawa artis di bawah jagaan saya, Nabila Razali tidak dapat membuat persembahan di SFMM35 yang bakal berlangsung malam ini atas masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan. – Katanya.

Menurut Asrul, sudah bermacam-macam usaha rawatan sudah dilakukan termasuk lah dengan mendapatkan khidmat doktor pakar tapi berehat adalah jalan yang terbaik.

Ini adalah keputusan yang sangat sukar untuk Nabila kerana peluang untuk menyanyi di pentas SFMM adalah impiannya sebagai penyanyi. 

Dia sudah pun menjalani latihan vokal sejak September lalu dengan Syafinaz sebagai persiapan awal. Tapi apakan daya, masalah ini dikesan sejak minggu lalu dan menjadi semakin teruk. – Kata Asrul.

Pengganti untuk Nabila pula dikatakan masih lagi belum diputuskan dan mereka masih lagi Sedang usaha untuk mendapatkan pengganti yang terbaik.

Takpe Nabila, mungkin belum rezeki awak nak nyanyi di SFMM tahun ni, hopefully tahun depan semua peminat dapat tengok awak nyanyi pula di SFMM 36. Kami di pihak Oh! Media mendoakan semoga Nabila Razali cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa. 

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas