Connect with us

Oh! Media

“Misi Ke Tokyo Untuk Harumkan Malaysia, Bukan Ganjaran” – Ziyad

ziyad

Trending

“Misi Ke Tokyo Untuk Harumkan Malaysia, Bukan Ganjaran” – Ziyad

Sebelum ini, bekas Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zoklples Embong berpandangan Ziyad Zolkefli tidak layak menerima ganjaran setimpal. Ini selepas kegagalannya membawa pulang pingat emas selepas pihak jawatankuasa Paralimpik Tokyo 2020 menarik semula kemenangannya kerana didakwa lewat masuk ke Call Room.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kegagalan Adalah Kegagalan”, Zolkpes Tegaskan Ziyad Tidak Layak Terima Ganjaran

Ziyad kemudian memberikan respon berkenaan isu sama ada dia layak atau tidak menerima ganjaran setimpal. Dia menjelaskan, tujuannya sebagai atlet hanya ingin mengharumkan nama negara dan bukannya mendapatkan ganjaran.

Misi Ziyad ke Tokyo adalah untuk membawa bendera Malaysia, nama kelurga dan harga dirinya.

Saya menjadi atlet bukan semata-mata mahukan ganjaran, sebaliknya paling penting adalah saya mahu mengharumkan nama Malaysia. Soal ganjaran adalah perkara nombor dua kerana yang paling utama saya mahu membanggakan Malaysia, apatah lagi ketika itu kita menyambut Hari Kemerdekaan.

Perkara ini saya serahkan kepada KBS (Kementerian Belia dan Sukan) untuk menentukannya. Kalau ada, saya bersyukur dan jika tiada sekalipun saya terima kerana ini adalah adat dalam pertandingan, ada yang menang dan kalah.

Ziyad reda dengan apa yang berlaku dan yakin sudah buktikan kepada rakyat Malaysia, dia sudah lakukan yang terbaik.

Mungkin kali ini nasib dan rezeki tidak menyebelahi saya. Seperti yang saya katakan, kalau ada ganjaran, saya bersyukur dan saya anggap sebagai satu penghargaan buat diri saya, tetapi kalau tiada, saya reda. – Jawabnya kepada BH Sukan.

Kami doakan agar Ziyad diberikan kekuatan dan terus berusaha untuk melakar kejayaan sekaligus mengharumkan nama negara. Terima kasih Ziyad, anda tetap hero Malaysia.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas