Connect with us

Oh! Media

chelsea

Trending

Mimpi Ngeri! Kelab Chelsea Akan Bankrap Jun Ini Jika Tiada Siapa Minat Beli

Sebelum ini kami ada kongsi tentang sekatan aset yang dikenakan ke atas pemilik kelab Chelsea, Roman Abramovich. Kerajaan United Kingdom membekukan aset Roman yang turut menghalangnya untuk menjual kelab terbabit.

BACA: Ini Sebab Mengapa Pemilik Kelab Chelsea Disekat Kerajaan UK

IKLAN

Bagaimanapun, kerajaan United Kingdom berubah fikiran apabila memberikan tempoh 81 hari kepada pemilik kelab itu untuk mencari pembeli. Jika pencarian pemilik baru The Blues ini gagal, kelab ini berisiko bankrap.

Ujian yang menimpa Chelsea lebih parah apabila penaja utama jersi, Three turut menggantung penajaan mereka. Wang hadiah Liga Perdana Inggeris dan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) turut dibekukan.

Chelsea juga tidak boleh meneruskan saingan mereka hingga akhir musim kerana lesen tidak boleh diperbaharui. Semua masalah ini dapat diselesaikan hanya jika Roman Abramovich setuju untuk menjual Chelsea tanpa sebarang keuntungan.

Lesen Chelsea akan tamat pada 31 Mei 2022

Lesen khas boleh dikeluarkan bagi membolehkan penjualan diteruskan. Tetapi Abramovich tidak boleh mendapat sebarang keuntungan daripada hasil jualan berkenaan

Ada banyak lagi sekatan yang dikenakan ke atas Chelsea seperti tidak boleh menjual tiket perlawanan musim ini. Mereka juga perlu menutup kedai cenderahati kelab. Sampai macam tu sekali weh!

Apa akan jadi pada Chelsea kalau gagal dapat pemilik baru?

Jika gagal, itulah mimpi ngeri buat kelab dan peminat Chelsea. Sembilan mata akan dipotong dan Chelsea akan kehilangan banyak pemain utama. Antonio Rudiger, Andreas Christensen dan Cesar Azpilicueta akan dipindahkan secara percuma selepas larangan perpindahan dan perbaharui kontrak turut dikenakan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas