Oh! Tidak
Rakaman Audio Terbongkar! Donald Trump Ugut Bom Rusia Dan China
Rakaman audio dedah Donald Trump pernah ugut bom Rusia dan China demi halang perang.
Imej bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sebagai ‘pendamai dunia’ nampaknya mula tercalar apabila satu rakaman audio didedahkan kepada umum. Dalam rakaman tersebut, Trump dengan nada angkuh mengaku pernah mengugut mahu mengebom Rusia sekiranya Moscow menyerang Ukraine.
Ancaman itu dikatakan dibuat ketika beliau masih berkempen untuk kembali ke Rumah Putih, pada satu perjumpaan bersama kumpulan penderma di Florida dan New York sekitar tahun 2024.
Rakaman audio terbabit kemudiannya menjadi bahan utama dalam buku bertajuk ‘2024’ hasil tulisan tiga wartawan Washington Post iaitu Isaac Arnsdorf, Josh Dawsey, dan Tyler Pager.
Ugutan Donald Trump terhadap China juga didedahkan…
Trump turut didakwa pernah memberikan ancaman serupa kepada Presiden China, Xi Jinping. Beliau kononnya memberi amaran keras bahawa Amerika Syarikat sanggup mengebom Beijing jika China mencetuskan perang dengan Taiwan.
Jinping fikir saya tidak waras ketika saya tegaskan AS tidak teragak-agak mengebom Beijing jika ia berperang dengan Taipei.- Katanya dalam rakaman tersebut.
Kenyataan ini dilihat cuba menonjolkan sisi ‘berani mati’ Trump sebagai seorang pemimpin yang tidak gentar menggunakan kekerasan demi kepentingan negaranya.
Hubungan Trump-Putin makin renggang…
Pendedahan ini muncul ketika hubungan Trump dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin dikatakan semakin keruh. Putin dikatakan enggan tunduk kepada tekanan AS untuk menghentikan serangan ke atas Ukraine, sekali gus menjarakkan hubungan mereka yang sebelum ini dilihat mesra.
Apa yang mengejutkan, kenyataan keras ini tidak pernah didedahkan secara rasmi semasa Trump menjadi presiden dahulu. Namun dengan penerbitan buku ‘2024’, ramai pihak kini menilai semula pendekatan dasar luar Trump yang dilihat lebih agresif dan berisiko.
Pssttt! Kadang-kadang kata-kata yang kita anggap sebagai strategi politik boleh memberi kesan besar kepada keamanan dunia. Ugutan seperti ini mungkin nampak tegas, tapi juga boleh cetuskan ketegangan yang lebih parah. Ohmedia nasihatkan korang supaya sentiasa menilai pemimpin bukan hanya melalui janji atau keberanian mereka bercakap, tapi juga kebijaksanaan dalam bertindak. Jangan mudah terpesona dengan gaya lantang kalau akhirnya membawa kepada bencana.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.


Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM