Connect with us

Oh! Media

Rayuan Ditolak! Najib Razak Dan Anak Gagal Tangguh Prosiding Bankrap

najib razak dibebaskan ohmedia

Trending

Rayuan Ditolak! Najib Razak Dan Anak Gagal Tangguh Prosiding Bankrap

Mahkamah Tinggi tolak rayuan Najib Razak dan anaknya untuk tangguhkan prosiding bankrap.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin yang memohon untuk menangguhkan prosiding kebankrapan terhadap mereka.

Menurut laporan Harian Metro, prosiding itu dimulakan selepas kedua-duanya gagal melunaskan cukai tertunggak, masing-masing sebanyak RM1.69 bilion dan RM37.6 juta.

Mahkamah Tinggi putuskan prosiding kebankrapan tetap diteruskan

ohmedia najib razak 1mdb

Pesuruhjaya Kehakiman Suhendran Sockanathan@Saheran Abdullah berkata mahkamah tidak melihat sebarang alasan kukuh untuk memberi penangguhan.

IKLAN

Dalam keadaan ini, kedua-dua rayuan ditolak dengan kos RM7,000 setiap seorang.

Keputusan sebelum ini tetap terpakai

ohmedia mahkamah tinggi rumah mont kiara

Untuk rekod, pada 16 Oktober 2023, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Najib dan Nazifuddin wajib melunaskan cukai tertunggak, selepas menolak rayuan mereka bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Keputusan hari ini sekali lagi mengukuhkan bahawa proses undang-undang akan diteruskan tanpa penangguhan.


Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas