Connect with us

Oh! Media

Menangis Pelanggan ‘Cancel Order’ 60 Bungkus Nasi Yang Ditempah, Lelaki Ini Bangkit & Sedekah Kepada Orang Yang Lebih Susah

E1f3b5b0 95ed 433b 9964 ef7a11fe20c2

Trending

Menangis Pelanggan ‘Cancel Order’ 60 Bungkus Nasi Yang Ditempah, Lelaki Ini Bangkit & Sedekah Kepada Orang Yang Lebih Susah

Seorang pemuda ini kelihatan menangis sambil memasak yang perkara tersebut dirakam kekasihnya. Apa sebenarnya yang jadi? Sebenarnya, pemuda itu sedang menyediakan 60 nasi bungkus yang telah dipesan pelanggan. 

Lepas jer nasi dan lauk tu hampir nak siap, boleh pula pelanggan yang buat pesanan tu tiba-tiba cancel order. Bayangkan kalau korang ada dekat tempat lelaki ni, mesti sedih gila kan. 

Menurusi tiktok @heppy08, lelaki itu sebenarnya berhutang dengan orang lain untuk jadikan modal menyediakan pesanan yang ditempah pelanggan. Tapi kalau pelanggan tu dah cancel pesanan yang dibuat, macam mana lelaki tu nak bayar hutang yang dipinjamnya tu, betul tak? 

IKLAN

Bayangkan kalau kalian berada dalam situasi dia, betapa sedihnya nasi bungkus yang sudah dipesan sebanyak 60 bungkus, tiba-tiba di ‘cancel’. 

Padahal dia bertungkus-lumus meminjam duit ke sana ke mari sebagai modal, kerana deposit yang diberi tidak cukup. Tiba-tiba pembeli ‘cancel’ pula,”

Disebabkan itu, ramai rakan-rakan yang berikan kata-kata semangat sehingga buatkan lelaki tu bangkit dari kesedihan. Korang nak tahu apa yang lelaki tu buat? Dia buat keputusan untuk sedekahkan semua bungkusan nasi tu kepada orang ramai.

Bersedekahlah meski kita dalam keadaan kekurangan kerana masih ramai insan lain di bawah kita yang memerlukan 

Ayat yang sering diungkapkan lelaki itu

Mulia betul hati lelaki ni. Wanita tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang beri kata-kata semangat dan buatkan kekasihnya telah bangkit dari kesedihan.

Kredit: Tiktok @heppy08

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas