Connect with us

Oh! Media

“Mereka Pembayar Jadi Tak Nak Terima” – Mangsa Kebakaran Gas Putra Heights Tolak Zakat RM500

kebakaran

Trending

“Mereka Pembayar Jadi Tak Nak Terima” – Mangsa Kebakaran Gas Putra Heights Tolak Zakat RM500

Ada segelintir mangsa letupan dan kebakaran gas di Putra Heights baru-baru ini memilih untuk berdikari dan enggan bergantung kepada bantuan mana-mana pihak.

BACA: KPKT Peruntuk RM2 Juta Baik Pulih Infrastruktur Dan Rumah Mangsa Putra Heights

IKLAN

Lapor Sinar Harian, mereka yang terdiri daripada pembayar zakat enggan menerima bantuan RM500 yang diberikan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Mangsa enggan terima zakat, “Mereka adalah pembayar zakat”

putra heights

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Mohd Khaidzir Shahari berkata, mangsa memberi alasan masih mampu berdikari meskipun layak menerima bantuan tersebut.

Malah, mereka juga enggan mengambil hak orang lain yang lebih memerlukan.

Ada yang kata mereka pembayar zakat, jadi tak nak terima, tapi tetap cuba hubungi seorang demi seorang kerana niat kami hanya untuk bantu.

Beliau berkata, bantuan zakat adalah sebahagian daripada usaha segera LZS untuk meringankan beban hampir 300 penduduk Muslim termasuk 166 individu asnaf yang dikenal pasti menetap dalam kariah terbabit.

LZS sedang usaha jejaki mangsa lain

kebakaran

Kini, LZS sedang berusaha menjejaki mangsa yang belum dikesan, terutama mereka yang tidak berdaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) dan memilih tinggal bersama keluarga atau saudara-mara.

Malah, kerjasama sedang dijalankan dengan agensi seperti Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan tiada yang tercicir daripada menerima bantuan.

Pssttt! Sikap berdikari dan menolak bantuan walaupun dalam kesusahan menunjukkan kekuatan jiwa yang luar biasa. Namun begitu, jangan sampai menafikan bantuan yang ikhlas dan halal diberikan atas dasar tanggungjawab sesama insan.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas