Connect with us

Oh! Media

“Malukan Drama Tempatan, Macam Dah Tak Ada Otak” – Zul Yahya

Zulya1

Trending

“Malukan Drama Tempatan, Macam Dah Tak Ada Otak” – Zul Yahya

Hari ini kecoh diperkatakan mengenai babak panas yang dilakonkan Zul Ariffin bersama seorang pelakon wanita baharu. Ramai yang terkejut dan mengkritik babak sebegitu yang dikatakan tidak patut ada dalam drama Melayu tempatan.

BACA: Zul Ariffin Dikecam Teruk Lepas Kongsi Babak Panas, Netizen Kata Geli Tengok

Zul Yahya yang pernah membintangi drama Papaya suatu ketika dulu turut memberikan pendapatnya mengenai isu itu.

IKLAN

Jelasnya, karya sedemikian memalukan drama tempatan dan pihak yang terlibat seolah-olah tak ada otak apabila mempertontonkan aksi begitu kepada masyarakat Islam.

Zul1

Tambahnya lagi, semakin tua sepatutnya kita semakin dekat dengan kehidupan di kubur namun sebaliknya berlaku apabila seolah-olah berbangga menunjukkan cara-cara berzina kepada umum.

Zul2
Zul3

Dalam pada itu, bekas pelakon ini turut memohon orang ramai memadam dan berhenti menyebarkan babak lucah lakonan Zul Ariffin.

Jangan kita jadi sebahagian yang menyebarkan adegan berzina dan perkara-perkara maksiat yang lain. Si pelaku untung, kita rugi. Promosi murahan! Boikot!

Katanya, sesiapa yang berkongsi video itu secara tidak langsung telah mempromosikan adegan zina. Beliau bimbang anak-anak remaja akan terkesan dan terpengaruh.

Kredit: Instagram Zul Yahya

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas