Oh! Lifestyle
“Makan Nugget, Sosej, Cookies Je” – Kanak-Kanak Darjah 2 Hilang Penglihatan Akibat Kekurangan Vitamin A
Viral di Facebook perkongsian Dr Erna Nadia mengenai kanak-kanak darjah dua yang tiba-tiba tidak dapat melihat semasa berada di dalam kelas.
BACA: Makan Kurma Dengan Butter Elok Ke? Dr Imelda Balchin Beri Penjelasan
Kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital dan hasil pemeriksaan menunjukkan sesuatu yang memilukan iaitu dia telah hilang penglihatan sepenuhnya.
Punca: Kekurangan vitamin A

Menurut Dr Erna lagi, hasil pemeriksaan teliti doktor mengesahkan bahawa kehilangan penglihatan ini berpunca daripada kekurangan Vitamin A yang teruk.
Malah, siasatan pakar nutrisi mendapati murid tersebut hanya makan nugget, sosej dan biskut sejak bayi sehingga kini.
Dilaporkan, ibu bapa kanak-kanak ini berkerjaya dan tinggal di kota raya. Kesibukan kerja untuk keselesaan keluarga menyebabkan ibu bapa terlepas pandang mengenai pemakanan anak.
Pastikan beri makanan betul, nasi dan telur mata pun okay

Lebih menyedihkan apabila kehilangan penglihatan itu tidak boleh dipulihkan.
Sebagai ibu, jika kita tak dapat masak selalu sebab sibuk, tapi kita cubalah beli makanan yang betul betul makanan yang lengkap. Nasi ayam pun ok, bihun sup pun ok, dan kena paksa juga mereka makan makanan yang sihat. Kalau kena suap pun tak apalah janji mereka makan makanan yang betul betul makanan supaya mereka dapat nutrisi tu.
Beliau turut mengingatkan bahawa makanan sebenar lebih penting daripada makanan terproses atau suplemen.
Kita cubalah ya include menu sihat dan makan makanan yang betul betul makanan setiap hari. Makan nasi dengan telur mata dan kicap pun ok janji makanan betul. Makanan terproses adalah sangat tidak sihat dan tidak ada apa apa nutrisi di dalamnya. Semakin lama ia boleh bertahan, semakin banyak warnanya, semakin tidak sihatlah ia.
Simptom kurang vitamin A

Dr Erna turut berkongsi beberapa simptom awal kekurangan Vitamin A yang harus ibu bapa peka, antaranya:
- Mata kering.
- Sukar melihat pada waktu malam atau dalam gelap.
- Tompok kelabu di mata putih.
- Kurang air mata.
Jika tanda-tanda ini tidak dirawat, ia boleh membawa kepada komplikasi yang serius, termasuk kehilangan penglihatan kekal.
Untuk memastikan anak-anak mendapat Vitamin A yang mencukupi, Dr Erna mencadangkan beberapa makanan yang mudah didapati:
- Sayur bayam dan lobak merah.
- Buah-buahan seperti mangga, betik, dan aprikot.
- Protein seperti ikan, ayam, dan telur kuning.
- Ubi keledek.
#OhmediaNasihat
Kisah pengajaran daripada Dr Erna ini dapat membuka mata betapa pentingnya makanan nutrisi untuk perkembangan anak. Walaupun sibuk, ibu bapa perlu memastikan anak-anak makan makanan sebenar dan tidak bergantung kepada makanan proses yang memudaratkan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Facebook Dr Erna Nadia