Connect with us

Oh! Media

Trending

“Macam Bapok Buang-Buang Asid” – Didakwa ‘Mastermind’ Kes Faisal Halim, Ini Respon TMJ

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menafikan dakwaan dirinya terlibat dalam kes simbah asid melibatkan pemain bola sepak Selangor FC Faisal Halim.

BACA: “Confirm Ni Semua Kerja TMJ, Mastermind Dan Tangan Ghaib” – Tunku Ismail Perli CEO Selangor

IKLAN

Melalui satu sesi podcast, Tunku Ismail menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang campur tangan dengan insiden tersebut.

Malah, baginda mengakui tiada sebarang masalah dengan Faisal yang disifatkan sebagai seorang pemain bola sepak yang bagus.

Yang pertama sekali budak ini adalah budak baik. Saya tak tahu hidup peribadi dia. Cuma, apa yang terjadi kepada dia memang harus kita ‘condemn.’ Tetapi apa kena mengena dengan saya?

Di samping itu, Tunku Ismail turut memberitahu Faisal bukanlah seorang penjenayah yang harus menjadi sasaran. Malah, pemain bola tersebut bukanlah satu ancaman kepada baginda.

Takkan lah orang Selangor tak boleh berfikir secara rasional. Saya nak habiskan Faisal Halim buat apa? Kami JDT lawan dengan Selangor tahun lepas 4-0, 4-0, 2-0 Faisal Halim main. So Faisal Halim bukan ancaman untuk saya.

Jelas baginda lagi, Faisal seorang yang peramah namun tiada siapa tahu kehidupan peribadi Faisal dan agenda di sebalik serangan tersebut.

tmj

Jika baginda mahu ‘menghabiskan’ seseorang, baginda mempunyai tujuan dan sasaran yang lebih besar berbanding pemain bola sepak tersebut.

Baginda memberi contoh individu yang patut menjadi sasaran adalah orang yang ambil duit rakyat dan yang menyusahkan rakyat.

Titah baginda lagi, orang-orang sebegitu yang harus dihapuskan bukannya pemain bola sepak.

Saya pun rasa hina juga, pelik.. takkanlah saya? Macam bapok buang asid itu, macam lembik main-main buang asid. Kalau nak habiskan orang, kita habiskan terus. Macam tak ada isu, semua benda nak dikaitkan dengan saya.

Baru-baru ini saya dapat berita bas pasukan Selangor kena serang di Jakarta, itu pun salah saya ke? Takkan semua benda salah saya. Faisal adalah seorang yang baik, dia bukan ancaman kepada kami.

Lapor Astro Awani, baginda bertitah demikian ketika sesi podcast secara langsung pada Ahad di Program Johor Youth Meet-up di Kompleks Sukan Educity, Johor Bahru.

Baginda tidak tahu bagaimana namanya tiba-tiba dikaitkan menjadi dalang di sebalik kes tersebut.

Kredit: Astro Awani | Beautifulnara | TikTok @bolatribe

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas