Connect with us

Oh! Media

Janda Ditangkap Khalwat Bersama Duda Di Hotel Nilai Siap Bawa Dua Anak Lelaki

khalwat tahun baru ohmedia

Oh! Tidak

Janda Ditangkap Khalwat Bersama Duda Di Hotel Nilai Siap Bawa Dua Anak Lelaki

Tiap kali masuk tahun baru mesti ada kes macam ni. Hasil operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) malam tadi berjaya menangkap enam pasangan kesalahan khalwat.

Antara yang menarik perhatian adalah seorang duda yang ditangkap bersama seorang janda dan dua orang anak di dalam sebuah hotel di Bandar Baru Nilai.

Wanita berusia 36 tahun itu difahamkan dari Seremban dan datang ke Nilai untuk membawa dua anak lelakinya berusia 6 dan 10 tahun untuk meraikan Tahun Baharu 2024 bersama teman lelakinya.

IKLAN

Ketika serbuan dilakukan, wanita itu memaklumkan dia berehat di hotel itu bersama dua anaknya sahaja tetapi selepas melakukan pemeriksaan, menemukan seorang lelaki tidak berbaju di dalam tandas.

Wanita itu memberikan alasan rasa berat hati untuk bermalam di hotel itu tetapi melihat anak-anaknya yang sudah mengantuk, mereka memutuskan untuk tidur semalam.

Terdapat juga pasangan yang dicekup terdiri daripada lelaki warga Bangladesh bersama wanita tempatan berusia 24 tahun. Semua yang ditahan dibawa ke Pejabat Penguat Kuasa JHEAINS untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 61(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992. – Kata Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah.

Diharapkan penangkapan ini dapat memberikan peringatan kepada kita semua untuk tidak sekali-kali terjebak dengan kesalahan melanggar hukum syariah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Popular Bulan Ini

Komik Sembang Jerr

Oh! Sembang Jerr - Malaysia Indonesia FIFA ASEAN Cup

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIna dan AIzat. Enjoice!


Ohmedia Banner
Ke Atas