Connect with us

Oh! Media

Lelaki Tua Dan Wanita Berusia 25 Tahun Kantoi Berduaan Di Tempat Gelap Dalam Ford Ranger

lelaki dan wanita berduaan dalam kereta

Trending

Lelaki Tua Dan Wanita Berusia 25 Tahun Kantoi Berduaan Di Tempat Gelap Dalam Ford Ranger

Pasangan lelaki dan wanita kantoi berduaan dalam kereta di tempat gelap dan didapati dalam keadaan mencurigakan bertindak merempuh kereta peronda Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK).

ADVERTISEMENT

Menurut laporan mStar, kejadian itu berlaku di Alor Gajah, Melaka pada jam 9.45 malam Jumaat lepas ketika dua anggota polis sedang membuat rondaan di Jalan Sg Tuang. 

Anggota terbabit pada awalnya memberhentikan kereta peronda di belakang kereta mereka untuk melakukan pemeriksaan dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah.

Anggota peronda kemudiannya menyalakan lampu becon light ke belakang kenderaan Ford Ranger itu.

Namun pemandunya enggan memberikan kerjasama dan bertindak melarikan diri dengan mengundurkan kenderaannya sehingga melanggar kereta pasukan polis.

Suspek lelaki berusia 44 tahun itu bagaimanapun berjaya ditahan bersama seorang wanita berusia 25 tahun di dalam kenderaan itu.

Pasangan lelaki dan wanita itu ditahan bagi membantu siasatan. Kereta polis pula dikatakan kemek dan pecah tingkapnya pada pintu kiri depan sampaikan tak boleh buka.

Pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah dan ujian saringan air kencing juga negatif.

Kedua-duanya ditahan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas