Connect with us

Oh! Media

Disebabkan Tiada Duit Untuk Beli Tiket, Lelaki Sanggup Redah Laut Naik Pelampung

Ad786379 b621 494e a728 c7874d5f1bcd

Trending

Disebabkan Tiada Duit Untuk Beli Tiket, Lelaki Sanggup Redah Laut Naik Pelampung

Gara-gara mahu balik ke kampung halaman, seorang lelaki sanggup menggadaikan nyawanya meredah laut dengan hanya menggunakan pelampung!

Lelaki bernama Dedik yang berumur 27 tahun itu telah ditemui terapung selama tiga jam dengan berpaut kepada dua tong air di perairan Teluk Balikpapan, Kalimantan Timur, pada Rabu lepas.

Eb095fa8 5f07 4ae9 bee3 c3fe26e3692b

Menurut sumber, Dedik ingin balik ke kampung halamannya di Malang, Jawa Timur. Nasibnya dikatakan baik apabila dia telah ditemui oleh penduduk kampung berdekatan yang pada mulanya menyangka dia sudah lemas.

IKLAN
15ae2a03 4eec 4f6d 8593 c1354373075f

Kami mendapat maklumat daripada penduduk (pengusaha bot laju), ada jumpa lelaki lemas. Kami terus bergegas ke lokasi. Dedik telah diselamatkan dan dibawa ke darat. – Kata Ketua Polis Pelabuhan Balikpapan Semayang, AKP Retno Ariani pada Khamis.

Dedik sebelum ini dikatakan tinggal bersama abangnya di kampung Gunung Bahagia Balikpapan Selatan. Disebabkan dia tidak bekerja, Dedik telah mengambil keputusan untuj keluar dari rumah abangnya dan mahu balik ke kampung.

Disebabkan dia tidak ada duit, dia terpaksa menggunakan pelampung untuk balik ke kampung. Masa jumpa dia haritu boleh dikatakan hampir tiga jam juga dia terapung, syukur dia selamat dan tidak terapung terlalu jauh. – Kata Retno.

Menurut kakak Dedik, adiknya itu dikatakan ada memiliki rekod kesihatan penyakit kemurungan.

Semasa membawa pulang ke kampung, kakak mangsa beritahu adiknya alami penyakit kemurungan dan pernah menjalani rawatan selama sembilan bulan di hospital. – Katanya.

Kisah Dedik dikatakan telah pun mendapat perhatian netizen selepas gambar dia terapung di laut itu tular di laman sosial.

Tetiba teringat pula, kisah orang ramai pernah bantu seorang pelajar lelaki yang ‘stuck’ dekat Terminal Bersepadu Selatan (TBS) disebabkan dia tiada duit untuk balik ke kampung. Apapun memang kental betul hati Dedik ni, sebab tak ramai yang berani buat macam tu.

Kredit: Sinar Harian

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas