Oh! Tidak
Lelaki Naik Angin Bila Ditegur Ambil Makanan Bufet Bawa Balik Hotel
Tular lelaki marah ditegur staf hotel sebab ambil makanan bufet nak tapau balik. Netizen kecam sikap tak hormat peraturan.
Pagi yang sepatutnya tenang di sebuah hotel di Suzhou, China bertukar jadi kecoh lepas seorang lelaki dan ibunya bertindak luar jangka. Dorang didakwa membungkus makanan bufet sarapan siap-siap untuk dibawa pulang, walaupun dah ada notis larangan jelas di pintu masuk.
Bukan setakat tapau makanan, lelaki tu siap bawa beg plastik dan bekas sendiri. Bila ditegur secara sopan oleh staf hotel, dia terus naik angin dan buat kecoh. Video kejadian tu terus tular dan cetuskan perbincangan panas kat media sosial.
Kakitangan hotel hanya jalankan tugas

Saksi mendakwa lelaki tu langsung tak hormat teguran staf hotel. Dia dikatakan marah-marah dan menuduh staf tu tak tahu buat kerja.
Dia cakap tak pernah kena larang macam tu kat hotel lain. Katanya staf tu kurang kesedaran perkhidmatan.- Katanya.
Lelaki tu juga ugut nak buat aduan rasmi dan desak staf tu minta maaf kepada ibunya. Tapi yang paling mengejutkan, dia siap tolak staf tersebut sebelum blah macam tu je.
Dekat pintu masuk bufet tu memang dah jelas ada notis tulis “Tiada makanan atau minuman boleh dibawa keluar.” Tapi dua beranak ni tetap langgar arahan tu tanpa rasa bersalah.
Lepas kejadian kecoh tu, makanan yang dah dibungkus tu ditinggalkan je atas meja. Macam takde rasa bersalah langsung walaupun dah timbulkan kekecohan.
Netizen kecam sikap tak bertanggungjawab

Video insiden tu cepat je jadi tular dan netizen ramai yang marah dengan sikap lelaki dan ibunya tu. Ramai tegaskan, peraturan macam ni bukan benda baru.
Standard bufet kat mana-mana pun memang tak boleh tapau.- Katanya.
Ada juga yang simpati dengan staf hotel tu sebab kena herdik padahal cuma jalankan tugas. Ramai puji staf tu kekal profesional walaupun kena marah depan orang ramai.
Pssttt! Ohmedia rasa, benda macam ni sebenarnya simple je. Bila dah bayar hotel, bukan bermakna korang boleh buat sesuka hati. Hormat peraturan tempat orang dan jangan susahkan staf yang cuma nak buat kerja.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
HIV Bukan Hukuman Mati, Stigma Lebih Bahaya Dari Virus | Oh! Podcast Ep20
OH! MEDIA 23/12/2025 8:31 PM