Connect with us

Oh! Media

Lelaki Kahwin Muda Pada Usia 16 Tahun Guna Duit Sendiri

kahwin muda

Trending

Lelaki Kahwin Muda Pada Usia 16 Tahun Guna Duit Sendiri

Orang wanita kahwin muda orang tak cakap apa sangat tapi bila lelaki kahwin muda, mesti akan ada orang kata guna duit mak bapak. Apapun, pemuda yang baru berusia 16 tahun ini buktikan dia dapat berkahwin dengan duit hasil titik peluhnya.

ADVERTISEMENT

“Saya tak pernah menyesal kahwin awal kerana ini jalan yang saya pilih”, itulah apa yang dikatakan Nabil Syahmi Danish Askar yang mengahwini Dayangku Nazarina Awangku Saifuddin bersusia 18 tahun.

Kisahya itu tersebar di aplikasi TikTok baru-baru ini selepas memuat naik gambar mereka berdua bersama anak yang baru lahir.

Takut jadi fitnah dan bersungguh-sungguh nak kahwin…

Nabil yang tinggal di Kampung Seberang berkata dia dan isteri sepakat untuk berkahwin kerana mencintai satu sama lain dan mahukan hubungan yang halal. Selapas mendapat restu keluarga, mereka disatukan pada 10 Mei 2023.

Kami berkenalan dua tahun lalu di tapak lokasi acara permotoran kerana sama-sama minat motosikal. Di situ, kami bertukar nombor telefon untuk lebih mengenali satu sama lain dan sejak itu sering keluar bersama.

Lagipun saya rasa tak manis bawa anak dara orang ke hulu hilir tanpa hubungan sah, bimbang jadi fitnah, jadi kami ambil keputusan untuk berkahwin.

Keluarga terima keputusan saya, tiada halangan cuma emak tanya serius atau tidak saya nak berkahwin kerana ia bukan perkara main-main, tapi izinkan apabila saya bersungguh-sungguh.

Baru usia 16 tahun tapi dah guna duit sendiri untuk berkahwin..

Muda sangat umur 16 tahun ni, mana dapat duit? Nabil sebenarnya sudah berhenti sekolah ketika di tingkatan dua dan sejak itu dia bekerja sambilan di kedai cuci kereta dan sebagai penarik kereta selama dua tahun.

Saya tak harap keluarga kerana sedar itu majlis saya jadi saya perlu keluarkan duit belanja. Alhamdulillah, majlis lancar dan sudah lebih setahun pun kami berkahwin.

Saya sudah tak bersekolah kerana berhenti waktu Tingkatan Dua dan kini bekerja sebagai mekanik di bengkel abang ipar.

Baguslahkan sebab ada rasa tanggungjawab dan bersungguh nak jadi suami yang baik. Sekarang dah jadi bapa pula tu, semoga Nabil isteri dan anak hidup bahagia dan kekal hingga akhir hayat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas