Connect with us

Oh! Media

“Lebih Sebulan Saya Tidak Boleh Peluk Dan Sayang Anak..” – Faisal Halim, Air Mata Seorang Ayah Jatuh

Faisal halim menangis anak ohmedia

Trending

“Lebih Sebulan Saya Tidak Boleh Peluk Dan Sayang Anak..” – Faisal Halim, Air Mata Seorang Ayah Jatuh

Sekian lama kita menantikan kemunculan Faisal Halim, akhirnya sebentar tadi beliau bersedia untuk muncul dengan semangat baru.

BACA: Faisal Halim Akhirnya Buat Kemunculan, Keadaan Kulit Di Tangan Nampak Teruk

Walaupun kita melihat keadaan Faisal agak teruk tetapi beliau tetap bersemangat mahu kembali berlatih dan beraksi dalam perlawanan bola sepak.

IKLAN

Keadaan sekarang saya tidak tahu sama ada dapat kembali dalam bola sepak atau tidak. Tetapi saya mengharapkan doa semua pihak untuk kembali bermain.

Jujur cakap sudah pasti saya sedih dengan apa yang telah berlaku. Tetapi apa yang berlaku tetap berlaku dan kita tidak boleh ubah perkara yang sudah lepas.

Faisal Halim tak tahu nak ubah watak daripada seorang yang ceria kepada sombong atau macam mana…

Watak saya semua tahu saya tidak pernah sombong dengan semua orang walaupun mereka di atas atau bawah saya, saya layan dengan apa yang saya mampu. Saya tidak pernah buat masalah dengan orang.

Faisal dalam pada itu turut mengeluarkan air mata apabila mengenangkan nasib anaknya yang hilang kasih sayang seorang bapa kerana tidak dapat memeluk dan mencium dalam tempoh yang lama.

Kekuatan saya adalah keluarga dan lebih sebulan saya tidak boleh peluk dan sayang anak. Saya terima dengan reda dan hati terbuka.

Keadaan wajah Faisal Halim dari awal proses pemulihan…

Image 21
Image 22
Image 20

Kredit: Sidang Media Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas