Connect with us

Oh! Media

“Korang Jangan Ikut, Itu Cuma Video Parodi Bang…” – DD Chronicle Beri Penjelasan Selepas Teruk Dikecam

dd chronicle

Oh! Artis

“Korang Jangan Ikut, Itu Cuma Video Parodi Bang…” – DD Chronicle Beri Penjelasan Selepas Teruk Dikecam

Semalam Ohmedia ada kongsikan tentang video seorang influencer, DD Chronicle yang dikecam hebat gara-gara video parodi mengenai pembatalan 16 peruntukan kesalahan di Bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) DD Chronicle Dikecam Selepas Muat Naik Video Parodi Yang Dianggap Hina Mahkamah

Sedar tentang perkara itu, DD atau nama sebenarnya Dediy Sulaeman Ra’e telah memadam video terbabit dan tampil membuat permohonan maaf.

Dalam pada itu, DD turut menjelaskan dirinya tiada niat untuk menghina keputusan mahkamah mahupun menghasut sesiapa untuk melakukan perkara tidak baik.

Niat mahu tunjukkan apa kesan jika tidak perkasakan atau pertahankan undang-undang syariah…

Saya pun mengkaji semula video itu untuk melihat di mana silapnya. Sebelum post, biasanya saya akan semak agar tidak menyentuh mana-mana pihak.

Ada dua benda yang mungkin saya letak tapi tanpa niat pun untuk menghasut sesiapa. Sebenarnya video itu saya nak tunjukkan apa implikasi jika kita tidak memperkasakan atau mempertahankan undang-undang syariah. Itu sahaja sebenarnya.

DD juga menyatakan dia tidak mengulas isu yang berlaku sekarang tetapi dua contoh judi dan arak itu adalah dua benda yang tidak dicabar dalam isu Nik Elin.

BACA: Ketua Pemuda Amanah Lapor Polis Walaupun Dd Chronicle Dah Mohon Maaf

Jadi atas kesedaran yang mungkin video saya jadi rujukan orang awam walaupun ianya sekadar parodi, jadi saya dah delete. Saya harap dengan kenyataan ini, semua orang tahu yang video parodi itu telah diturunkan demi menghormati undang-undang.

Di akhir penjelasan, DD mengingatkan orang ramai untuk tidak mengikut video parodinya kerana minum arak dan judi masih lagi akan ditangkap dan dihukum.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas