Connect with us

Oh! Media

Cik Epal Tuntut Dewi Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka Dan Ganti Rugi RM1 Juta

Copy of Untitled Design   1

Trending

Cik Epal Tuntut Dewi Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka Dan Ganti Rugi RM1 Juta

Pempengaruh dan juga usahawan, Cik Epal telah mengambil tindakan undang-undang terbadap wanita yang didakwa ada hubungan dengan bekas suaminya iaitu Emira Delyati Dewi.

Menerusi Instagram, Cik Epal memuat naik satu hantaran yang menunjukkan notis tuntutan yang menggesa Dewi untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta.

Aku telah menghantar notis tuntutan kepada Dewi melalui peguam aku. Aku menuntut Dewi membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi RM1 juta kepada aku.

Kenyataan Dewi jatuhkan reputasi Cik Epal

Dewi

Bukan tu jer, Cik Epal juga mendakwa yang Dewi telah mencalarkan imej dan reputasinya selepas mengeluarkan kenyataan yang mendakwa pempengaruh itu adalah punca keretakan rumah tangga Dewi sebelum ini.

IKLAN
Ohmedia cik Epal

Sebelum ini, Dewi tampil membidas mesej dihantar seorang netizen yang menuduhnya sebagai pemusnah rumah tangga pempengaruh, Cik Epal dan Jofliam.

BACA: “Dia Dah Hancurkan Masjid Saya Dahulu” – Dewi Buat Dakwaan Baru Mengenai Perbuatan Cik Epal Kepadanya

Dewi mendakwa, fitnah yang dilemparkan Cik Epal telah menyebabkan rumahtangganya hancur. Dewi menyatakan, itu menjadi punca Cik Epal menawarkan dirinya menjadi isteri kedua Jofliam demi menebus kesilapan.

#OhmediaNasihat

Dalam dunia media sosial yang semakin terbuka, fitnah atau kenyataan yang mencalarkan reputasi boleh memberi kesan mendalam. Sebagai pengikut dan pengguna media sosial, kita perlu bijak dalam menilai sesuatu isu dan mengelakkan daripada terlibat dalam perbalahan yang boleh mengguris hati orang lain. 

Hormati privasi dan pilihlah untuk menyebarkan kebaikan, bukannya menyemarakkan api permusuhan.

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Cik Epal


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas