Connect with us

Oh! Media

Ketua Pemuda Amanah Lapor Polis Walaupun Dd Chronicle Dah Mohon Maaf

Dd

Trending

Ketua Pemuda Amanah Lapor Polis Walaupun Dd Chronicle Dah Mohon Maaf

Seorang influencer yang terkenal dengan content parodi iaitu DD Chronicle sekali lagi mengundang kontroversi selepas memuat naik video didakwa mempersendakan keputusan mahkamah dalam isu enakmen syariah.

BACA: (Video) DD Chronicle Dikecam Selepas Muat Naik Video Parodi Yang Dianggap Hina Mahkamah

DD atau nama sebenarnya Dediy Sulaeman Ra’e bagaimanapun sudah meminta maaf dan memadam video selepas teruk dihentam.

IKLAN

Tetap lapor polis

Amanah

Terbaru, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) iaitu Mohd Hasbie Muda akan meneruskan dengan tindakan laporan polis walaupun influencer itu sudah meminta maaf.

Permohonan maaf diterima. Tetapi laporan polis tetap diteruskan.

Selain Amanah, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) dikatakan akan membuat laporan polis secara serentak pada jam 3 petang Jumaat ini di seluruh Malaysia.

Bagi Dd Chronicle pula, dia bersikap terbuka jika ada tindakan yang akan diambil terhadapnya. Tetapi dia berharap laporan yang dibuat di atas dasar menjaga agama dan perlembagaan, bukannya kerana musuh politik.

Uish, inilah yang dikatakan terlajak perahu boleh diundur, tetapi terlajak kata buruk padahnya kan?

Video kontroversi

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas