Baru-baru ini, hampir di setiap ruangan komen video di aplikasi TikTok mesti akan ternampak komen tentang “Tak boleh lawan Nisa Ai”.
Namun, komen berkenaan telah mengundang tanda tanya siapa individu yang bergelar Nisa Ai dan juga ada yang merasakan kurang senang dengan trend berkenaan.
IKLAN
Selepas komen tersebut tular, tuan badan tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu bermula selepas dia memuat naik satu tarian dengan lagu latar Thailand.
Trend itu telah diikuti oleh individu lain namun dibandingkan dengan peminat Nisa dengan komen “Tak boleh lawan Nisa Ai”.
Titik permulaan ‘tak boleh lawan Nisa Ai’ disebabkan ada seorang ni dia buat trend yang sama dengan saya untuk marketing dia. Yang komen dekat post dia tu mostly my fans.
Nisa, tuan badan berkenaan berkata dia sangat tidak bersetuju apabila komen itu ditinggalkan di video yang memaparkan isu-isi sensitif seperti konflik Palestin dan kemalangan yang sedang berlaku.
Korang takde common sense langsung, awak tengok video orang meninggal, ceramah ustaz, video orang melecur, video pasal Palestin, kenapa komen benda-benda macamtu yang sebabkan nama orang lain buruk.
Tolong berhenti komen ‘tak boleh lawan Nisa Ai’, jadi kalau dalam ruangan komen tu masih ada lagi, tu memang jenis yang tak reti bahasalah orang kata.
Malah, Nisa juga berharap selepas ini tidak ada lagi netizen yang meninggalkan komen berkenaan di mana-mana video yang tidak ada kena mengena dengan dirinya.
Nisa juga merupakan talent untuk produksi YouTube Alieff Irfan yang popular dengan drama pendek berkisahkan tentang kehidupan.
Terdahulu, seorang saudagar kain kelahiran Kemboja mengundang rasa marah orang ramai apabila menuduh orang Melayu sebagai pemalas tak seperti orang Kemboja yang katanya rajin berniaga.