Connect with us

Oh! Media

malas

Trending

“Saya Tak Koyak” – Mak Cik Kemboja Hina Orang Melayu Malas Minta Maaf

Buat hal! Seorang saudagar kain kelahiran Kemboja mengundang rasa marah orang ramai apabila menuduh orang Melayu sebagai pemalas tak seperti orang Kemboja yang katanya rajin berniaga.

BACA: “Founder” Kelahiran Kemboja Jolok Sarang Tebuan, Cakap Orang Melayu Pemalas

IKLAN

Isu ini membuatkan Persatuan Melayu Champa Johor Bahru membuat laporan polis tidak bersetuju dengan kenyataan usahawan tersebut.

Wakil komuniti Melayu Champa, Kemboja di Johor Bahru menganggap apa yang dikatakan sebagai rasis.

Sedar dirinya menyentuh sensitiviti orang Melayu, usahawan bernama Madame Mariyah tampil dengan permohonan maaf.

@simple_life40 Simpan sini dulu #makcikkemboja ♬ original sound – @simple_life

Wanita ini mengakui ketelanjurannya dalam berkata-kata dan turut memaafkan netizen yang telah memaki hamun orang Kemboja.

Saya maafkan semua orang sebab saya nak jadi orang yang berlapang dada. Saya tak pernah koyak, saya akan koyak bila Allah tak pandang saya dan Allah tak reda dengan saya.

Usahawan ini berterima kasih kepada orang ramai yang terus menyokongnya namun jangan sesekali melibatkan pekerjanya yang tidak bersalah.

Pekerjanya yang merupakan content creator juga meminta maaf seandainya mereka terlepas pandang mengenai isu sebegini.

Kredit: TikTok @simple_life40

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas