Trending
Kieda Crepe Akhirnya Bakal Dapat Balik Barang Kemas Berjumlah RM800k!
Selepas hampir setahun menanti keadilan, usahawan dan pempengaruh media sosial iaitu Kieda Crepe akhirnya boleh menarik nafas lega apabila penjenayah yang memecah masuk rumahnya mengaku bersalah di mahkamah.
Menurut Kieda atau nama sebenar Siti Nur Khalieda Yusra, kesemua individu terbabit telah dijatuhi hukuman empat tahun penjara dan dikenakan denda RM20,000 setiap seorang.
Pihak polis hubungi saya maklumkan, OKT (Orang Kena Tuduh) yang pecah masuk rumah saya nak mengaku bersalah.
Mereka telah dijatuhkan hukuman empat tahun penjara dan denda RM20,000 setiap seorang.
Berdasarkan keputusan mahkamah, jika penjenayah gagal membayar denda tersebut, mereka akan dikenakan hukuman penjara tambahan selama lapan bulan.
Barang kemas Kieda Crepe akan dikembalikan
Lebih menggembirakan, Kieda turut memaklumkan bahawa barang kemasnya yang dilarikan penjenayah akan dikembalikan.
Barang-barang kemas saya akan dapat semula. Manakala barang kemas yang sudah dileburkan akan dibuat tuntutan melalui resit atau kedai emas perlu kembalikan dalam bentuk jongkong emas kepada saya.
Kieda bersyukur dan ucap terima kasih

Menerusi hantaran di TikTok, Kieda meluahkan rasa syukur kerana kesnya telah diselesaikan dengan baik.
Kepada semua yang mendoakan saya dan kes ini dipermudahkan, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada kalian.
#OhmediaNasihat
Jenayah pecah rumah semakin berleluasa dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Pastikan rumah anda dilengkapi sistem keselamatan yang baik, kunci pintu dan tingkap dengan rapi, serta laporkan sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan kejiranan anda.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Tiktok Kieda Crepe
Ustaz Rock Jawab 30 Soalan Viral Fiqh Ramadan | Oh! Podcast Ep24
OH! MEDIA 16/02/2026 4:00 PM