Trending
Khairulaming Umum Jualan Produk Cecah RM42 Juta, Dedah Bakal Buka Kilang Ketiga Dan Produk Baru
Siapa je yang tak kenal dengan pempengaruh, Khairulaming yang juga merupakan usahawan Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet Berapi.
Masuk tahun kelima dalam dunia perniagaan, Khairulaming mengumumkan pencapaian luar biasa apabila jualan produknya mencecah RM42 juta sepanjang tahun 2024!
Menerusi Instagram, pempengaruh itu juga berkongsi yang jualannya telah meningkat 110% berbanding tahun sebelumnya, yang hanya berjumlah RM20 juta.
Sambal Nyet dan Dendeng Nyet Berapi Khairulaming laris gila!
Menurut Khairulaming, kejayaan ini bukan datang bergolek, tetapi hasil daripada strategi perniagaan yang diperbaharui.
Kalau kita recall balik, dulu ambil masa lebih kurang tiga bulan untuk capai jualan RM1 juta. Tapi sekarang Alhamdulillah kita on track, InsyaAllah untuk dapatkan jualan RM1 juta setiap minggu.
Apa perubahan yang kita buat supaya boleh menaikkan sales? Salah satu apa yang saya boleh share adalah kita fokus kepada live stream.
Perubahan kedua adalah dari segi production. Dulu Sambal Nyet kita produce 1,000 hingga 3,000 unit sehari, which is tak boleh memenuhi demand yang kita ada, permintan tinggi tapi supply terhad… menyebabkan sambal sold outlaju. Tapi sales limited sebab production kita.
So untuk Dendeng Nyet, dari hari hari pertama kita tukar plan di mana production kena banyakkan terus supaya kita nak customer membeli dengan selesa,
Bakal ada kilang ketiga dan produk baru?

Khairulaming juga mendedahkan perancangan besar untuk tahun 2025 iaitu buka kilang ketiga di Kelantan, perkenalkan produk ketiga dan perluaskan pasukan livestream.
Alhamdulillah, sekarang dah masuk tahun kelima kita berniaga. Harap boleh expand lagi untuk tahun-tahun akan datang.
#ApaKataOhmedia
Kejayaan Khairulaming membuktikan bahawa usaha keras, inovasi dan kesabaran adalah kunci utama dalam dunia perniagaan. Kalau ada impian nak berniaga, belajar dari mereka yang berjaya dan jangan takut untuk mencuba strategi baru!
