Connect with us
tidur di koridor

Trending

Kes Tidur Di Koridor Flat, Bapa Dakwa Anak Ada Kunci Tapi Tak Mahu Masuk

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang remaja 13 tahun tidur di koridor flat selama berhari-hari didakwa diabaikan ibu bapa sendiri.

Dalam hantaran tular, remaja itu dikatakan tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah dan mendapat ihsan makanan daripada jiran tetangga.

IKLAN

BACA: “Berak Pun Di Tangga” – Viral Remaja Tidur Di Koridor Flat Sebab Mak Ayah Tak Bagi Masuk Rumah

Terbaru, mStar melaporkan bapa yang merupakan seorang pemungut besi buruk membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Sesyen Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

koridor

Namun, hakim menolak pengakuan bersalah itu dan memberi peluang kepada tertuduh untuk membela diri dan dibicarakan.

Hakim membuat keputusan itu selepas mendengar penjelasan daripada tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah bahawa anaknya degil dan tidak mahu mendengar kata.

bapa

Malah, setiap ahli keluarga tertuduh termasuk mangsa didakwa mempunyai kunci rumah pangsa tersebut.

Saya beri dia kunci tetapi dia tidak mahu masuk. Tak apa, saya faham, saya hanya mengaku bersalah.

Kata tertuduh lagi, anaknya memang begitu dan salah satu cara untuk berkomunikasi dengan anaknya adalah melalui isteri.

Saya selalu berjaga malam tetapi dia tidak pernah pulang.

Penjelasan yang dibuat membuatkan hakim memberi peluang kepadanya untuk membuktikan diri tak bersalah walaupun tertuduh pada awalnya sudah mengaku dengan tuduhan yang disabitkan.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki berusia 56 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan denda RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Hakim kemudian menetapkan ikat jamin RM3,000 dan pengurusan kes dibawa ke 29 Julai nanti. Tertuduh juga dinasihatkan untuk mendapatkan peguam.

tidur di koridor

Jap!


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

30 Hari Paling Trending

Ohmedia Banner
Ke Atas