Connect with us

Oh! Media

“Maafkan Kejahilan Saya” – Padah Komen Hina Orang Asli, Guru Sekolah Agama Disiasat JPN

Ohmedia prk

Trending

“Maafkan Kejahilan Saya” – Padah Komen Hina Orang Asli, Guru Sekolah Agama Disiasat JPN

Baru-baru ini, tular di media sosial komen yang ditinggalkan seorang guru mengenai keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Nenggiri, Kelantan.

Guru tersebut didapati membuat komen berunsur menghina Orang Asli (OA) mengaitkan dengan penyokong parti Barisan Nasional (BN) dan UMDAP.

Orang Asli

Susulan itu, Jabatan Pendidikan (JPN) Negeri Sembilan mengambil tindakan menyiasat tindakan guru sekolah agama terbabit.

IKLAN

Menurut Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Negeri Sembilan, Putra Hashim, siasatan akan dibuat berdasarkan Subperaturan 19(1)(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [PU(A) 395/1993] berkaitan Pernyataan Awam.

Dalam peraturan Pernyataan Awam, seorang pegawai awam tidak boleh, secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain membuat pernyataan awam yang boleh memudaratkan apa-apa dasar, rancangan dan keputusan Kerajaan tentang apa-apa isu.

Kes tersebut juga akan dirujuk pada para 5.3 (iii), Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 11 Tahun 2023 Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial Kementerian Pendidikan (KPM).

Sedar akan kesalahan yang dilakukan, guru wanita terbabit dipercayai telah tampil dengan satu permohonan maaf.

Cikgu

Dia mengaku membuat kesilapan dan benar-benar berasa bersalah. Dia juga menegaskan komen dibuat secara peribadi tanpa ada kaitan dengan pihak sekolah atau mana-mana jabatan yang lain.

Ohmedia prk

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro | The Reporter


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas